Followers

Wednesday, October 3, 2012

Life





Friday, September 21, 2012

Jom Kongsi Hobi....


Setiap orang mesti ada hobi ....sesibuk mana pun seseorang tuh,mesti ada satu benda yang dia suka buat kan...kan?.....kan?betul tak?Macam aku ni selalu jugak sibuk...tapi aku akan curi-curi juga masa untuk penuhi hobi aku ini.


Felt Craft...
Aku suka felt craft...coz felt craft boleh memberi aku kebebasan dalam mengeluarkan idea yang kreatif dan akan menghasilkan hasil yang cute.Huhuhuuuu...memang aku suka ler..aku belajar buat felt craft dengan beli starter kit aje...mula belajar buat tahun lepas.Bila dah tahu menjahit felt craft nih,aku pun mula ler ambil order...alhamdulillah dapat sambutan.Tapi sekarang kerana masalah masa,aku terpaksa berhenti daripada menerima pesanan....Walaupun aku dah tak terima order,aku masih terus menghasilkan felt craft....hanya untuk koleksi peribadi aje....ada masa sila ler lawat blog FeltCraft aku ni...;)

Fridge Magnet
Fuh....ini minat dah lama nak kumpul... mungkin kerana belum sampai seru kot...ekekke...kalau nampak fridge magnet kat kedai,aku tengok satu-satu....fridge magnet ni cantik bentuknya yang pelbagai....cute...aku ni suka yang cute ajer..hahhahaa...tapi sekarang aku dah mula mengumpul nya...ada jugak yang aku jual...mesti korang nak tengok kan?Okeh klik Fridge Magnet untuk melihat fridge magnet aku

Kaktus
Dah banyak kali aku beli...then tak tahan lama...namun aku tak putus asa...bila ari tuh aku berpeluang pergi ke Cameron Hinglands,apa lagi...aku beli ler kaktus...coz aku nak jugak kumpul pokok kaktus banyak-banyak...cantik.Pelbagai rupa dan bentuk...Aku beli 7 pokok dan kini...hahhaha..korang agak berapa pokok aku yang masih bertahan?ekekkeke...alhamdulillah mampu bertahan 6 pokok...harap-harap 6 pokok ni mampu membesar dan aku boleh menambah banyak pokok kaktus lagi....;)

Resepi
Jangan fikir aku pandai memasak ye...Tak tahu kenapa aku suka tengok-tengok resepi kat internet.Mungkin coz aku tahu memasak juga boleh memberi aku kebebasan dalam mengeluarkan idea....Tapi..aku tak cuba pun memasak...hahhahaa...ada yang aku cuba...ada yang tak...ekkeke...So mana yang aku cuba masak tuh,ada ler aku post kat blog resepi aku...;)

Kawan-kawan suka buat apa lak dikala masa terluang?Jom kongsi...

Thursday, September 20, 2012

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam

Memang hobi aku suka join segmen-segmen nih...huhuhuhuuu...

Terbaru aku join segmen nih!
*Klik banner ini untuk join!

Jumlah Follower sebelum join segmen ini: 126 Orang 

 Jom kawan-kawan...kita memeriahkan lagi segmen ini.

Wednesday, September 19, 2012

Cuti-Cuti Kelantan 2

Pada hari kedua aku di Kelantan,hanya plan nak jalan-jalan di sekitar Bandar Kota Bharu aje.Maklum aje ler,Kelantan ni mudah ‘jam’ kalau hari minggu terutama tempat-tempat popular seperti Pengkalan Kubur atau Rantau Panjang.Lagipun aku bukan ada barang nak beli pun,sekadar nak jalan-jalan aje.



Tempat pertama yang aku tuju untuk meronda pada hari kedua ini ialah Kelantan Handycraft Village.Agak-agak aku nak buat apa kat sini?.... huhuhuuuu... Makan....hahhahaa...Kat sini ada kedai yang menjual hidangan tengahari yang berteras ulam-ulaman...Terdapat pelbagai ulam yang dijual dan boleh dimakan dengan budu.Boleh tahan jugak ramai orang yang makan di situ.Mungkin kerana kedudukannya yang berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah.

Setelah perut kenyang,aku pergi jalan-jalan di Pasar Siti Khadijah....Jalan-jalan aje..tak mampu nak shopping kain-kain di situ.Tengok aje....walaupun hati memuji cantik....;(...Aku beli Fridge Magnet aje.

Dari Pasar Siti Khadijah,aku pergi jalan-jalan ke KB Mall lak...alahai,macam ler tak pernah pergi tempat macam tu...huhuuhuuuu...nak buat macam mana,ini aje tempat yang terdekat + tak ‘jam’ untuk mengisi masa yang terluang....

Dan esok nya aku bertolak pulang ke ‘rumah manis rumah’ ku.

Cuti-Cuti Kelantan 1

Monday, September 17, 2012

Cuti-Cuti Kelantan 1

Weekend yang lalu aku pergi Kota Bharu...



Perjalanan Perak ke Kelantan mengambil masa selama 6-7 jam melalui Gerik iaitu melalui Lebuh raya Timur Barat... Kalau sebut Lebuh Raya Timur Barat dan buat sesiapa yang biasa lalu sini,pasti akan tahu Hentian Puncak Titiwangsa..Fuh...hentian yang dinanti-nanti bila melalui ke coz tempatnya yang cantik dan sejuk macam Cameron Highlands.Terdapat kemudahan kedai makan,surau dan tandas....Tapi aku tak sempat nak ambil gambar untuk tunjukkan kawasannya coz cuaca hujan semasa singgah situ.Sorry....

Then,di Kelantan aku stay kat Min House Camp,Kubang Kerian.Aku suka ler tempatnya yang santai dan tenang. Untuk yang ingin merasakan suasana kampung,boleh ler pilih untuk menginap di sini. Lagi sesuai untuk keluarga yang konvoi 4-5 keluarga coz tempat ni ada beberapa rumah di dalam satu pagar.Di dalam camp ini juga terdapat mini zoo dengan menempatkan pelbagai binatang seperti burung hantu,ular,ayam,angsa dan pelbagai lagi.Untuk waktu malam lak,boleh ler naik sampan untuk melihat kelip-kelip.

Aktiviti pada waktu malam...apa lagi yang popular di Kelantan ni kalau tak sesi shopping di Wakaf Che Yeh.Kalau kat Kay Ell panggil uptown ler.Besar jugak ler coz tempatnya besar dah banyak pilihan.Mengenai harga lak,kena pandai pilih kedai dan terer dalam bab tawar menawar.Kalau nak lagi murah,kena ler pandai cakap kelate.Aku tak shopping pun...just tengok-tengok barang aje(tengah bulan katakan).

Untuk hari kedua...tunggu 2nd entry....

Thursday, September 13, 2012

Idea

Alhamdulillah....idea aku dalam menjalankan bisnes online sentiasa ada...
Terfikir nak buat itu ler,ini ler....
Ye lah,kalau buat bisnes...kena ler pelbagaikan income...
Tapi dalam nak pelbagaikan income,jangan lak tamak dan hilang fokus...
fokus satu persatu...Projek A success...slow slow jalankan projek B...
Bila dah jalankan Projek C,jangan lupa lak kat projek A...;)



InsyaAllah....semoga berjaya

Tuesday, September 11, 2012

KReaTiF....

Kreatif...Kreatif...



Dalam dunia perniagaan,kita haruslah menjadi seorang yang kreatif.Kreatif ler yang boleh membezakan perniagaan kita dengan pesaing.Kreatif juga ler yang boleh memajukan perniagaan kita...

Macam mana nak kreatif?..huhuhhhuu...Up to you

Sunday, September 9, 2012

DaTeLine

Dateline...semua kerja aku kena buat dateline..kalau tak hampeh ler aku akan buat kerja aku secara main-main aje...

Teringat lak time aku kerja ofis dulu,kerja yang penuh dateline.Ye ler buat kerja payment,kalau tak siap payment tu,berbunyi-bunyi ler handphone aku. Alhamdulillah....time kerja tu dulu aku berjaya siapkan semua kerja aku mengikut dateline.



Sekarang,bila dah kerja sendiri,aku tetap displinkan diri aku untuk kerja mengikut dateline....hahhahaa...kalau tak lingkup ler biz aku...;)

Bagi aku,apa pun kerja sama ada kerja sendiri atau kerja dengan orang,displin kan diri dengan tetapkan dateline.Dengan displin macam ni ler boleh meningkatkan prestasi kerja kita.Kalau anda sukar untuk melakukan kerja mengikut dateline,cuba kenakan denda.Contohnya seperti kalau aku tak siap kerja nih petang nih,aku kena topup handphone adik aku...huhuhuuu...kalau anda rasa membazir topup handphone orang lain,so,siap kan kerja ikut dateline....;)

Wednesday, September 5, 2012

Hidup Ibarat Roda

Roda yang sentiasa berputar-putar....
Kadangkala di atas,kadangkala di bawah...
Begitu lah kehidupan...



Mungkin hari ini kita tersenyum,mana tahu esok kita akan menangis...
Mungkin hari ini kita menangis,mana tahu esok kita akan tersenyum....

Bersabar ler dengan setiap dugaan hidup...
Bersyukur ler dengan apa yang dimiliki...

Apa pun yang berlaku...just ingat kita ada Allah....;)

Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka ke 55 ....2012



Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Selamat Hari Merdeka ke 55 buat semua warga Malaysia

Wednesday, August 29, 2012

ImPiaN!!

Impian???huhuhuuuu...sememangnya ada beberapa perkara yang aku inginkan dan belum dapat dicapai.



Impian yang aku nak sangat2 capai ialah nak sukses dalam bisnes online...Best kan kalau dapat buat banyak sale dalam sehari dengan hanya berada di rumah...hahhaaa...bukan pe,plan for future(elok dalam berfamily,takde ler anak-anak terabai---opsss tuan tanah single lagi ye)

Actualy,aku tak suka terikat kerja di pejabat.aku lebih sukakan kebebasan...maksud aku,bebas nak start kerja jam berapa,nak cuti,nak pergi mana-mana...

Sebelum ni pun aku dah ada buat bisnes online secara kecil-kecilan...alhamdulillah ler dapat sambutan.But terpaksa stop coz nak fokus pada family biz.But for now...aku nak capai jugak...nak buat jugak....huhuhuhuuu...nampaknya aku terpaksa ler bahagikan masa...;)

Impian uoolllss apa lak?dah tercapai ke?share2 ler...

Tuesday, August 28, 2012

JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG SEBANYAK YANG MUNGKIN !




FOLLOWERS: 100

Jom Singgah Blog Izzah

Jom kawan2 kita menambah follower dgn join segmen yang dibuat oleh Izzah ni!!..;)

BloG



Blog....Coolblog...Opppssss,apa lak coolblog nih...(best kan air coolblog)

Dah lama aku tak layan blog kan?Rindu sangat nak blogwalking kat blog2 orang lain...aku suka baca kisah2 orang lain kat blog diaorang....bukan apa,kadang2 kita dah rasa susah atau malang,tapi ingat ada lagi orang lain yang lebih susah atau malang daripada apa yang kita alami.Pengalaman orang lain itu boleh kita jadikan iktibar dan pedoman...





Friday, August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


HuHuhuhuuuu...dah lama tak post apa-apa kat sini...
Insyaallah...lepas raya nanti aku akan kembali menulis...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...MAAF ZAHIR & BATIN

Sunday, June 24, 2012

Penyakit Asma

Sekarang musim jerebu mesti ada yang terkena penyakit asthma ni,termasuk ler aku...hehhehe..semalam dah pergi beli ubat,bila dah makan selesa sikit bernafas hari ni..;)



Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.

Punca asma

Punca sebenar asma masih belum diketahui. Kaitan faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu sebab penting dan ini dapat dilihat di mana di kalangan keluarga pesakit asma biasanya terdapat ahli keluarga lain yang menghidap asma, resdung (rhinitis) atau dermatitis (atopy skin disease).

Walaupun punca sebenar asma tidak diketahui, namun punca serangan asma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asma yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.

Antara faktor yang menyebabkan serangan asma adalah pesakit menyedut kutu debu, debunga, bulu kucing atau anjing, pencemaran udara, asap rokok, kurang senaman dan kesan beberapa ubat-ubatan.

Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.

Antara pencegahan yang boleh dielak daripada terkena serangan asma:

* Peka penyebab utama asma anda
* Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama
* Jauhi perokok
* Ambil ubat pencegah sekerap mungkin
* Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru

So...sama-sama ler menyayangi diri sendiri...;)

Monday, June 18, 2012

Masa ooooo masa

Dah beberapa hari aku tak post entry...sobss...sobbss...

Aku plan memang nak post hari-hari,tapi balik kerja je mesti letih.Kadang-kadang sampai tertidur depan tv ketika tengok berita.Adoii...sedih tul tengok life aku...huhuhu

Kul 6.30 dah pergi kerja...abis kerja pukul 6..kalau ada OT sampai kul 7,Balik siapkan diri,makan...kul 8 tengok berita...then tertido...aku ni kalau dah tido...hahaaa..tau2 aje ler...



Sabar aje ler...happy life akan tiba jugak akhirnya...;)

Monday, June 11, 2012

Euro 2012



Alamak....dah banyak hari aku tak post apa-apa..Kata nak post hari-hari kan?dah langgar janji diri sendiri...aku sibuk sikit sejak akhir-akhir ini...

Sekarang dah musim Euro 2012..Musim yang aku kurang gemar.Aku memang tak minat bola.So,tak aku tak ambil port pun siapa lawan siapa..huhuhuuuu...malam-malam lena aje aku tido...;)

Aku nak komen banyak pasal Euro 2012 pun tak boleh coz tak tahu apa-apa...

Ok chow chin chau...

Tuesday, June 5, 2012

Tolong Menolong



Alamak!semalam aku terlupa nak post...Tertido coz penat bekerja.

Hari ni aku nak sembang pasal tolong menolong coz semalam ada member aku minta tolong aku settle kan masalah dia.Aku ni cepat susah hati kalau tak tolong.Mesti tolong.Kalau tak aku akan rasa bersalah sangat-sangat terutama kawan-kawan yang dalam kesusahan duit.So hari ni aku pun tolong ler sedikit apa yang aku mampu tolong.

Bagi aku,bila kita gembira dan mampu tolong orang lain,sebaiknya tolong kerana kita tak selamanya di atas.Mungkin sekarang kita di atas,mana tahu esok lusa kita pula dalam kesusahan.Lepas tolong,jangan ler berkira atau mengungkit.Tolong dengan penuh keikhlasan.Jangan juga mengharapkan balasan...

So,sentiasa ler tolong menolong yer...;)

Sunday, June 3, 2012

Hantaran Perempuan


Keratan akhbar Berita Harian 2 Jun


Wow...tinggi nya harga..
Tapi bagi aku,tak payah ler ikut kelulusan akademik...Ikut aje kemampuan pihak lelaki.Buat apa hantaran mahal-mahal,kalau terpaksa menanggung hutang selepas kahwin..

Apa komen kalian?

Saturday, June 2, 2012

Sabar dengan dugaan!



"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah."(Riwayat al-Tirmidzi)

Kita selalu diduga dengan pelbagai dugaan....

Banyak kan bersabar!!

Friday, June 1, 2012

Braces

Huhuhuhuuu....dah lama tak post entry.Sibuk dengan beberapa kenduri hingga tak sempat nak update...

Mulai hari ini,apa pun terjadi aku kena update gak....hahhaaa...



Pagi tadi aku pergi Klinik gigi.Niat pergi sana ingat nak tanya-tanya aje dulu doktor walaupun dah tahu harga n info nya.Aku ingat pergi sana,doktor akan set date lain untuk next action.Sekali doktor terus buat...terkejut jugak aku.

Mula-mula doktor check gigi untuk pastikan aku boleh pakai braces ke tak...Nasib aku lulus macam exam lak guna word lulus.Doktor cakap aku kena cabut 4 gigi.Mak oiii...banyak tuh.Lepas tu doktor suruh buat x-ray.First time aku buat x-ray untuk gigi.Selama nih buat x-ray untuk medical check up masuk uni aje.Fuh....mesin x-ray untuk gigi macam robot.Kena letak mesin tuh kat kepala dah macam robot dah....Macam tuh rupanya nak x-ray gigi

Oleh kerana aku minta doktor nak buat scaling gigi,so doktor buat scaling dulu...Scaling nih aku selalu buat 2 kali setahun.Untuk senang ingat,aku selalu buat pada bulan Jun dan Disember.Tujuan scaling ni untuk membuang plak,karang gigi dan disamping menjadikan gusi kita sihat.

Bila dah siap scaling,doktor nak buat acuan untuk braces.Acuan nya besi dan bentuk macam gigi palsu tu.Dekat bekas acuan tu dia letak apa ntah macam tanah liat yang budak-budak tadika main tuh.Nak termuntah jugak masa ni coz doktor sumbat acuan tuh.Ditambah lak rasa 'tanah liat' tuh....

Tiba masanya untuk cabut gigi....Doktor decide untuk cabut 2 batang gigi aje dulu...Banyak jugak tuh.Cuak jugak coz dah tak ingat pengalaman rasa cabut gigi tu.Dulu cabut pun time doktor gigi datang sekolah.Macam terpaksa jugak ler.Bila doktor cucuk ubat bius tuh,ok lagi.Lega tak sakit hakikatnya aku nih takut jarum jugak.Setelah doktor biar kan aku sekejap untuk menunggu bius tuh berfungsi,tiba masa untuk cabut...hahhhaa...saat yang menakutkan.Doktor goyang-goyang aje guna alatnya ala-ala playar.Akhirnya...aku kehilangan 2 batang gigi..Next appointment pada hari selasa untuk cabut lagi 2 batang dan terus pakai braces...

Sunday, May 20, 2012

Konsert Mania vs Piala FA

Semalam telah berlangsung Konsert Akhir Mania.Konsert akhir ini menyaksikan perebutan takhta sebagai Juara Mania dan RM500,000 oleh Hafiz.Stacy.Aril,Jaclyn Victor dan Hazama.

Kesemua ni dibahagikan kepada tiga empayar iaitu:

Empayar Ahmad Dhani:Hafiz dan Aril
Empayar M.Nasir:Stacy dan Hazama
Empayar Aubrey Suwito:Jazlyn Victor



Keputusan Penuh Konsert Final Mania adalah seperti berikut:

Tempat Pertama : Hafiz
Tempat Kedua : Stacy
Tempat Ketiga : Jaclyn Victor

Dalam tempoh yang sama juga berlangsung Piala FA akhir...Berebut tv jugak ler kat umah aku nih....



Keputusannya Kelantan telah muncul juara baru untuk Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur.

Kejayaan Kelantan dilakukan oleh Mohammed Ghaddar menerusi sepakan penalti pada minit ke-57

TAHNIAH BUAT KELANTAN DAN HAFIZ!!!

Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Selamat hari guru.....

Terima kasih pada guru-guru yang pernah mendidik aku hingga aku dapat capai apa yang aku nak capai...;)

Dan untuk semua guru yang ada di Malaysia....aku tujukan lagu 'Guru Malaysia'...(walaupun ada lagu baru,aku tetap suka lagu ni)

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

SELAMAT HARI GURU

Tuesday, May 15, 2012

E-book



E-book adalah singkatan daripada perkataan Electronic Book A.K.A buku elektronik.Ianya ialah sebuah bentuk buku yang dapat dibaca secara elektronik.Kebanyakkan e-book menggunakan bentuk format pdf kerana ianya lebih mudah dalam menggunakannya.Untuk membukanya di dalam computer,anda perlu mempunyai program Acrobat Reader.

E-book sebenarnya lebih kurang seperti buku biasa aje,Cuma ianya lebih mudah didapati dan juga lebih mudah untuk dipasarkan ke seluruh dunia tanpa memerlukan kos yang tinggi.

Kenapa mesti e-book?

•Mudah didapati
Ebook mudah didapati kerana anda hanya perlu melayari internet untuk membuat tempahan ebook.Anda mula boleh memuat turun ke dalam komputer anda apabila selesai urusan pembayaran dilakukan.Pembayaran boleh dibuat secara online.Ini secara tidak langsung menjimatkan masa anda dan anda tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai untuk membeli nya.

•Ebook boleh didapati 24 jam sehari
Anda hanya perlu mempunyai komputer dan talian internet untuk memuat turunnya dari internet walaupun ketika itu jam menunjukkan jam 3 pagi.Anda tetap boleh membeli ketika orang lain lena diulit mimpi....kedai tak tutup...macam 7E...24jam buka.

•Ebook elak daripada kerosakkan
Ebook selamat disimpan dan disalin(print) banyak-banyak pun boleh.Jika berlaku sesuatu pada rumah anda,anda tidak perlu risau keselamatan ebook.Kalau anda berpindah pun,tak perlu bersusah payah mengemasnya di dalam kotak...kan senang aje.Talian internet anda dipotong pun,ebook anda tetap selamat...ekkekeke

•Baik untuk alam sekitar
Ebook menjimatkan kos pengangkutan dan mengurangkan pencemaran udara daripada kenderaan yang membawa buku-buku cetakan untuk dihantar ke destinasi.Disamping itu,ebook mengurangkan penebangan pokok untuk dijadikan kertas membuat helaian buku.Secara langsung,ebook boleh menyelamatkan alam sekitar kita ini.

Saya suka ebook!

Monday, May 14, 2012

Kenapa Perniagaan Internet?



Saya suka perniagaan internet!.....;)

Kenapa saya suka perniagaan internet???

Perniagaan internet sangat best!!

Apa yang best?huhuhu....

•Perniagaan Internet sangat fleksibel.Ianya boleh dijalankan dimana-mana sahaja dan bila-bila masa asalkan ada internet.
•Promosi perniagaan internet boleh dilakukan kepada beribu orang tanpa kos yang mahal jika nak dibandingkan dengan promosi di akhbar,radio,tv dan majalah.
•Pelanggan perniagaan dating dari serata dunia dengan kos yang rendah.
•Peniaga boleh memberi seberapa banyak maklumat dalam pelbagai format dengan kos yang rendah kepada pelanggan dan bakal pelanggan seperti video,bunyi,gambar,teks,animasi jika dibandingkan dengan media cetak.Ada yang percuma seperti youtube,facebook dan blog.
•Mampu mendapat sasaran yang paling tepat kerana di internet terdapat komuniti-komuniti dalam pelbagai industri.
•Mudah dijalankan secara automatik iaitu anda boleh automasikan aktiviti perniagaan tersebut.Tak perlu tunggu untuk melakukannnya.Semuanya sistem yang akan tolong anda.
•Dan yang penting dan paling best....sambil santai kat rumah pun boleh jalankan perniagaan internet.

Semoga anda juga akan mencuba perniagaan internet,atau setidaknya menggunakan internet untuk melariskan lagi apa sahaja perniagaan offline anda itu!

Gud Luck!!

Sunday, May 13, 2012

Membina Jenama Perniagaan

Dalam mencapai kejayaan dalam sebuah perniagaan,membina jenama itu sangat penting.Ala...perniagaan aku kecil aje...Uish,jangan kata macam tuh,dari kecil ler kita boleh menjadikannya besar.Dari kecil ler,kita cuba mempengaruhi orang ramai untuk mengingati nama perniagaan kita.Membina jenama bukan sahaja dari aspek nama perniagaan,malah logo,warna perniagaan dan slogan juga penting.



Nama Perniagaan
Nama perniagaan hendaklah mudah disebut,mudah di eja dan yang penting mudah diingati.Lihat jenama-jenama hebat di dunia,betapa mudahnya nama yang digunakan mereka untuk memudahkan nama perniagaan itu masuk ke fikiran pengguna.Jangan menggunakan nama yang sukar dan susah untuk diingati.




MUDAH DIINGATI

Slogan
Slogan juga memainkan peranan penting dalam membina jenama perniagaan.Kadang-kadang,orang hanya mengingati slogan berbanding nama perniagaan.Slogan harus lah pendek dan simple serta memberi makna kepada jenama perniagaan.

“Now everyone can fly” – AirAsia
“I’m lovin’ it” – Mc Donalds


Logo dan Warna Perniagaan
Sesuai sifat manusia yang visual menyebabkan visual juga memainkan peranan penting untuk sesebuah perniagaan seperti warna dan logo.Cuba lihat macam mana kita mengingati perniagaan Mc Donalds...kita akan ingat lambing arca M yang berwarna kuning itu.Bila kita lihat kapal terbang warna merah,automatik kita tahu itu AirAsia.



Saturday, May 12, 2012

Buahtangan Ammar Zahar-Empayar Perniagaan Internet

Ammar Zahar?siapa tu?....Kalau yang dah biasa dengan perniagaan internet mesti tahu Ammar Zahar.

Ammar Zahar merupakan pakar perniagaan internet yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran internet dan telah menghasilkan lebih 100 produk informasi dalam pelbagai niche di dalam dan luar negara.

Pengalaman Ammar Zahar selama 6 tahun dalam perniagaan internet memang tidak boleh dinafikan lagi.Kini Ammar Zahar membuktikan perkara ini melalui buku tulisannya yang baru berada dalam pasaran dengan judul Empayar Perniagaan Internet. Buku ini diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Jootawan.Buku Empayar Perniagaan Internet ini wajib diperoleh oleh sesiapa yang baru niat nak bermula,yang nak tambah ilmu dan yang nak sustain dalam perniagaan internet.



Buat masa sekarang,Buku Empayar Perniagaan Internet ini hanya boleh didapati melalui online.

KLIK DI SINI UNTUK PEMBELIAN BUKU EMPAYAR PERNIAGAAN INTERNET

Buku ini banyak mengupas bagaimana membina empayar perniagaan internet daripada zero..Antara kandungan buku ini adalah..

1. Mindset Jootawan Internet
2. Pembinaan Aset Online
3. Hubungan Sahabat JV
4. Pembinaan Produk Informasi
5. Promosi Laman Web
6. Menjual Produk Fizikal
7. Pembinaan Empayar Perniagaan Internet..

dan banyak lagi..!

Berita baiknya, 100 orang terawal yang mendapatkan buku ini akan menerima 2 video bonus iaitu.

1) Video Bagaimana Nak Mula
2) Video Berhenti Kerja

Kedua video ini dah tentu harganya lebih daripada RM 50 setiap satu!

Cepat bertindak sekarang!!Masa tidak akan menunggu kita...take action dengan beli buku ini.

KLIK DI SINI UNTUK PEMBELIAN BUKU EMPAYAR PERNIAGAAN INTERNET

Tuesday, May 8, 2012

Sabar Itu Indah



Sabar adalah salah satu sifat mahmudah yang perlu dan mesti wujud dalam diri setiap umat Nabi Muhammad SAW.Ini kerana sifat sabar adalah perkara asas dalam akhlak Agama Islam,bahkan ia juga ibu kepada segala akhlak di dunia.

Ibunu Al-Qayyim Al-Jauziyyah memberikan gambaran bahawa:

*Dengan sabar,hati begitu optimis bahawa Allah akan segera menyambut niat dan keinginan tulus seorang hamba-Nya.
*Sabar adalah taman kesejukan di antara usaha yang maksima dan tawakkal yang sepenuhnya.
*Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah.Allah tidak mungkir pada janji-Nya.
*Sabar bukan bererti menyerah tanpa usaha namun sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)". (A-li'Imraan 3:200)

SABAR ITU INDAH

Sunday, May 6, 2012

Apa itu Alexa?



Alexa Rank ialah sistem ranking untuk website diseluruh dunia.Ianya dibangunkan oleh Alexa.com. Alexa membantu mengira pageviews dan trafik di blog anda disamping menetapkan ranking untuk blog itu.

Untuk blog yang baru,alexa rank amatlah tinggi sehingga berjuta-juta nilainya.Namun begitu,jika trafik ke blog dikekalkan,ianya akan meningkat secara konsisten.Semakin rendah nila alexa rank sesuatu blog itu,semakin tinggi dan konsisten aliran trafik ke blog tersebut.

Alexa rank ini dikira berdasarkan jumlah trafik yang dating ke blog anda sama ada jumlah pelawat unik mahupun jumlah pageviews.Iannya berdasarkan gabungan di antara ranking jumlah pelawat dan jumlah pageviews untuk temph sebulan dan tiga bulan. Ranking ini terbahagi kepada dua iaitu ranking peringkat global iaitu merujuk kepada pengguna internet seluruh dunia dan ranking peringkat tempatan iaitu trafik dari dalam negara sendiri.

Alexa juga memaparkan kata kunci carian dari enjin carian yang paling banyak membawa pembaca ke blog anda.Secara tidak langsung ianya dapat membantu kita dalam menghasilkan post yang mesra SEO di kemudian hari.

Untuk mengetahui alexa rank blog anda,boleh ler check di Alexa.com atau anda boleh terus install Alexa toolbar yang mana akan memaparkan alexa rank bagi setiap blog dan website yang anda lawati.

Tips Menguruskan Masa



Pengurusan masa adalah kunci untuk seseorang itu mencapai kejayaan.Ini kerana dengan menguruskan masa yang bagus aje akan memperoleh kehidupan yang seimbang.Bukan senang nak menguruskan satu satu masa itu...meh kita kongsi tips untuk menguruskan masa dengan baik

Peruntukkan masa untuk melakukan satu-satu tugasan
Dalam seharian,terdapat pelbagai tugasan yang perlu dilakukan.Jangan sesekali cuba untuk menyiapkan kerja tersebut secara sekaligus.Korang perlulah merancang dan peruntukkan masa untuk satu-satu tugasan.Pengurusan masa yang baik pasti member kesempatan untuk korang melakukan aktiviti yang korang inginkan.

Keutamaan tugasan
Sebelum tidur setiap malam,korang perlulah menulis senarai tugas-tugas yang perlu diselesaikan pada keesokkan harinya.Ianya akan memudahkan pengurusan masa korang.Tulis senarai mengikut keutamaan.Apabila bangun sahaja keesokkannya,korang buat sahaja tugasan seperti yang ditulis sebelum ini.Ini sudah menjimatkan masa anda dan tugas juga akan selesai.

Hargai masa
Masalah pengurusan masa tidak akan wujud jika korang menghargai masa.Hargailah setiap masa yang korang lalui.Jangan sesekali mempersiakan masa korang itu.Ini adalah merupakan kunci utama untuk korang mendapatkan kehidupan yang lebih seimbang.

Thursday, May 3, 2012

Bob Kuman Meninggal Dunia.



SAH!...CONFIRM!....Bob Kuman disahkan meninggal dunia pada jam 4.38 petang(Khamis,3 Mei)di kediamannya di Kota Damansara.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi meninggal dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah,Negeri Sembilan.

Meh ler kita sama-sama sedekah Al-Fatihah kepada Allahyarham.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin

Wednesday, May 2, 2012

Kaktus oh kaktus

Aku baru beli kaktus...yeah!Semalam aku pergi jalan-jalan di Cameron dan beli pokok kaktus.Memang niat utama aku gi Cameron.Hasilnya...



Sebenarnya dah lama aku teringin nak ada pokok kaktus sendiri.Tapi disebabkan masalah-masalah tertentu,terpaksa lah aku pendamkan hasrat tu...but i'm already now!

Harap pokok kaktus aku boleh beranak pinak lagi...

Siapa-siapa ada info atau tip mengenai kaktus ni bagitahu ler...kita kongsi-kongsi okeh!

Tuesday, May 1, 2012

Jom ke Pesta Buku!

Banyak hari aku tak post apa2...sibuk dengan urusan keluarga.Hari baru berkesempatan untuk ber'blogging' lagi..

Pesta Buku datang lagi!

Asal nya plan nak pergi petang sabtu (28hb).Tapi bila time sampai kat KL,tengok keadaan KL...huhuhu...memang tak berani ler pergi coz ada perhimpunan BERSIH kat area Dataran Merdeka..



orang ramai berkumpul.Memang ler diaorang tak menuju PWTC but anything can happen..Aku memang tak suka cari pasal so bila fikir aku tangguh pi esoknya aje(29hb).

Pada petang ahad (29hb),aku usaha jugak cari masa untuk gi PWTC...alhamdulillah dapat sampai jugak kat Pesta Buku walaupun sekejap.Semasa aku sampai tu,ada Irma Hasimie dan Yatt kat pentas utama.Tak pasti lak diaorang tengah promosi buku apa.Ingat nak jugak ambil gambar diaorang untuk letak kat blog ni tapi orang ramai di sekeliling pentas.Tiada ruang lak untuk tubuh aku yang kecil ni nak menyelit.

Memandangkan aku ada masa kejap aje kat PWTC (kejar masa nak balik Perak lak by train),aku sempat masuk kat beberapa booth aje.Survey punya survey buku apa nak dibeli,tup tup aku decide beli buku



1)Bijak Mengurus Wang - Hajjah Rohani & Datuk Hj Mohd Shahir
2)Mudahkan Jangan Susahkan - Syed Alwi Alatas

Gembira ler aku sekarang coz dah ada buku untuk dibaca...;)

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012
27 APR - 6 MEI
PWTC KUALA LUMPUR

Kepada sesiapa yang belum pergi ke Pesta Buku,aku cadangkan baik korang pergi...jadikan membaca sebagai satu amalan harian.

Saturday, April 28, 2012

Bersih muncul lagi...Bersih 3.0



Topik hangat hari ini...boleh tenggelam topik Fasha Sadha kahwin...huhuuhhuBila aku buat topik macam ni,korang mesti fikir aku nak tulis bout perhimpunan Bersih...Eeeeeeee.....Tidak sama sekali....Cuma harap perjalanan aku ari ni ke PWTC (Bookfair) & Klang(wedding cousin) berjalan lancar tanpa ada halangan...(jalan mesti banyak tutup)Cool aje....

Friday, April 27, 2012

Oh Kad Kredit!



Info Kad Kredit

Kad kredit merupakan sejenis kad yang membolehkan korang untuk berbelanja terlebih dahulu sejumlah amaun kredit yang telah ditetapkan untuk setiap kad yang dipanggil had kredit.Untuk lebih faham lagi iainya sejenis bayaran ansuran yang membolehkan korang membayar servis atau membeli bayaran tanpa menggunakan wang tunai .Apabila korang menggunakan kad kredit korang tu,pengeluar kad kredit korang akan membayar bagi pihak korang dan menghantar bil kepada korang dalam bentuk penyata bulanan.

Jangan ingat korang tak perlu keluar duit langsung bila membeli ye...korang dikehendaki membayar sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum tarikh tamat.Pengeluar kad kredit akan mengenakan caj faedah ke atas jumlah bayaran yang belum dijelaskan selepas tarikh tamatnya.

Dalam memiliki kad kredit ni,ada baik dan buruk nya...meh kita tengok apa antara baik dan buruk nya....

Baik nya....
1.Senang dibawa ke mana-mana...hanya sekeping kad
2.Boleh belanja apa yang dikehendaki tanpa menggunakan wang terlebih dahulu
3.Sentiasa mengenangkan tanggungan kewangan anda sebagai satu sumber kredit.
4.Cara pembayaran yang mudah
5.Mampu mengesan perbelanjaan korang melalui bil bulanan
6.Terdapat kad kredit yang memperkenalkan liputan insuran yang percuma

Buruk nya....
1.Berlaku kejadian kad kredit korang disalahguna oleh pihak lain.
2.Cara pembelanjaan yang tidak dapat dikawal
3.Caj faedah yang tinggi jika terlewat bayar
4.Penipuan kad kredit.
5.Meragui keselamatan.Contoh seperti membeli melalui internet
6.Membeli harga produk dengan menggunakan kad kredit biasanya lebih mahal.Di sesetengah kedai korang perlu membayar caj lebih kurang 2% kepada pengeluar kad kredit tersebut.

Wednesday, April 25, 2012

Dropshipping



Dropshipping ialah satu teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak akan menyimpan stok dan memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan serta penghantaran produk terus ke alamat pembeli.Dropshipping disarankan kepada mereka yang baru ingin bermula menceburi perniagaan internet tetapi tiada modal yang mencukupi.

Dengan kata mudah,tugas penjual ialah mengambil tempahan dari pelanggan dan hantar tempahan tersebut kepada pembekal.Penjual menjual dengan harga sendiri,dan bayar kepada pembekal dengan harga borong.Baki duit tersebut itu dikira sebagai untung penjual.



Dropshipping ini semakin mendapat perhatian di kalangan pelajar,suri rumah serta penjawat awam kerana ianya perniagaan yang tidak melibatkan modal yang besar untuk memulakannya.Meh tengok tips memulakan perniagaan dropship:

1.Kaji pasaran sebelum menjual
Korang perlu tahu apa produk yang mempunyai permintaan di pasaran.Permintaan pasaran yan tinggi membolehkan korang menghasilkan jualan yang tinggi.

2.Memilih dropship yang membekalkan produk yang mempunyai permintaan di pasaran.
Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet samaada yang berbayar atau percuma.Kebanyakkan dropship hanya menumpukan satu kategori barang sahaja.Contohnya ada dropship yang hanya menjual barangan computer sahaja dan ada yang menjual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.

3.Menentukan berapa peratus keuntungan yang korang sasarkan.
Lihat harga runcit produk yang hendak dijual.Jangan lupa untuk membandingkan harga jualan oleh pesaing.Pastikan anda mendapat keuntungan yang berbaloi dengan promosi korang.Jangan sekadar balik modal atau untung kecil.Pastikan ianya berbaloi.

4.Guna platform jualan untuk menjual.
Korang boleh menggunakan website,blog,laman jualan seperti mudah.my,
ebay.com.my,lelong.my dan lain-lain.

Semoga success!

Tuesday, April 24, 2012

9 Tabiat Jutawan



Tengah santai-santai tu meh kita baca 9 tabiat jutawan.Kalau korang ada perasaan untuk jadi jutawan,aku cadangkan korang ikut ler tabiat-tabiat yang ada pada seorang jutawan...;)

1.Jutawan mencipta jaringan
Jutawan akan membina jaringan yang berkuasa yang mempunyai hubungan dengan semua lapisan masyarakat dalam kehidupan mereka.Para jutawan ini tahu bahawa pelanggan atau rakan kongsi boleh datang dari mana-mana sahaja.Mereka akan cipta apa saja jaringan dalam mencari keuntungan.

2.Jutawan Fokus
Perbezaan antara seorang yang berimpian dengan seorang pelaksana ialah bukannya jumlah idea yang mereka miliki, tetapi bagaimana seseorang itu memfokuskan usaha dalam melaksanakan idea yang wujud.Jutawan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tanpa memikirkan apa-apa kos.

3.Jutawan adalah seorang yang belanja berhemat
Jutawan biasanya merupakan seorang yang suka berbelanja untuk barangan paling murah dan akan berjimat cermat dalam berbelanja.Contohnya mereka akan membawa bekal ke pekabat.Ia memerlukan wang untuk mendapatkan wang dan anda tidak akan mendapat wang yang diperlukan untuk melabur jika anda membelanjakannya.

4.Jutawan mendidik diri sendiri
Tidak perlu memiliki Ijazah,Master atau PHD untuk menjadi seorang jutawan,tetapi ia perlukan keinginan untuk belajar.Tidak kisahlah bagaimana cara korang belajar samaada daripada seorang mentor,buku,atau juga laman web,pembelajaran berterusan amat mustahak untuk kejayaan jangka panjang.

5.Jutawan mengambil risiko terkira
Tidak kira ia melabur di dalam saham atau menyimpan di dalam saham amanah untuk memulakan bisnes,jutawan mengambil risiko terkira.Dalam risiko ini,ganjarannya adalah jauh lebih besar berbanding kos kegagalan dan peluang untuk berjaya adalah cerah.

6.Jutawan lakukan apa yang diperlukan
Kisah kejayaan yang paling memberi inspirasi dikalangan jutawan melibatkan pengorbanan yang banyak.Daripada tidur di dalam kereta,menjalankan dua kerja dalam satu masa,hinggalah mengabaikan hubungan peribadi .Jutawan bukan sesuka hati dan sengaja menangguhkan kepuasan peribadi,para jutawan menanggung kesakitan pada awalnya.

7.Jutawan perolehi faedah dan tidak membayar faedah
Para jutawan tahu akan keburukkan daripada hutang dan cuba mengelakkannya.Sebaliknya,jutawan lebih kepada menyimpan,melabur dan malahan meminjam wang kepada orang lain untuk mendapatkan pendapatan daripada faedah.

8.Jutawan seorang pemurah
Juatawan akan menderma untuk sebab yang lebih besar dan berfaedah.Ia bukan sahaja usaha giat untuk menambah duit di dalam akaun,jutawan akan membuat pilihan yang tepat badan kebajikan mana yang ingin disumbangkan.

9.Jutawan memimpin
Tidak terperanjat pun., kualiti yang sama membolehkan orang biasa memperolehi berjuta menjadikan mereka pemimpin semula jadi. Ia kembali kepada keputusan untuk menjadi seorang jutawan pada asalnya. Suatu resolusi untuk mengorak langkah, membuka jalan berbanding mengikut jalan sedia ada.

Adakah semua tabiat ini pada anda?Kalau semua tabiat ini ada pada anda,InsyaAllah jalan untuk anda menjadi jutawan akan cerah...;)

Sunday, April 22, 2012

Pelaburan Emas



Emas merupakan logam lembut,berwarna kuning,berkilat,mudah ditempa,tumpat, dan stabil dimana ianya tidak bertindak balas dengan kebanyakakan bahan kimia.Emas selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan dan longgokan aluvium.Emas menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul kerana emas tidak boleh dibinasakan serta tidak akan hilang nilainya.Nilai emas akan sentiasa meningkat di dalam jangka masa yang panjang.

Pelaburan emas merujuk kepada membuat pelaburan dengan menggunakan emas.Emas yang dilaburkan dalam bentuk fizikal atau membuka akaun simpanan emas di bank.Emas bentuk fizikal terdiri daripada jongkong emas,barang kemas dan dinar emas.

Keuntungan emas boleh didapati dengan cara untuk disimpan(dijual pada harga tinggi),dipajak dan diniaga.Pelaburan emas adalah satu pelaburan jangka masa panjang dan boleh memberi pulangan.Keuntungan emas sesuai dilihat selepas 12 bulan kerana harga emas akan sentiasa turun naik.

Pelaburan emas biasanya menggunakan konsep beli dan tunggu.Ini kerana harga emas sentiasa naik.Anda seorang yang beruntung jika mempunyai emas yang banyak ketika harga emas berada di paras yang tinggi.Beli harga rendah dan jual harga tinggi.

Gud luck buat pelabur emas.

Saturday, April 21, 2012

Membina Keyakinan Diri



“Saya takut ler”

“Tak yakin ler”

“Boleh ke saya buat?”


Antara kata-kata yang negative yang tak patut di ungkapkan.Ini semua di ungkapkan kerana wujud perasaan tidak yakin dalam diri.Mengapa korang tidak yakin pada diri sendiri jika dibandingkan dengan orang lain yang berjaya?Apa yang buat korang tidak merasa yakin pada diri sendiri?

Meh aku kongsi tips yang boleh membantu korang membina keyakinan diri.

1)Kenali diri sendiri.Periksa apa kekuatan dan kelemahan korang.Cuba atasi atau baiki kelemahan diri disamping tingkatkan lagi kekuatan diri dari semasa ke semasa.

2)Amalkan kata-kata positif dalam diri dengan berkata seperti aku mesti melakukannya,aku boleh buat,aku yakin boleh.Keyakinan akan datang dengan sendiri secara peringkat-peringkat.Disamping itu banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah.

3)Bergaul dengan rakan yang berjaya.Belajar dengan rakan-rakan yang berjaya cara bagaimana diaorang boleh berjaya.Pelajari apa saja kelakuan rakan yang berjaya itu untuk korang boleh jadikan sebagai panduan dalam membina keyakinan diri.Hindarkan diri daripada rakan yang boleh menghancurkan diri korang.

4)Terima kasih seadanya.Terima diri korang seadanya dan jangan lah membandingkan diri korang dengan orang lain.Semua orang tidak sempurna.Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing.Kadang-kadang perasaan tidak yakin muncul apabila korang melihat kekurangan diri tanpa mahu mengatasinya.Apa pun,bersyukur lah...

5)Perbaiki kemahiran komunikasi.Belajar dan amalkan cara komunikasi yang efektif.Dan rajin-rajin ler bagi pendapat pada perbincangan disamping menjadi pendengar yang baik.Keyakinan akan datang dengan sendiri secara beransur-ansur

6)Bertindaklah dengan keyakinan.Jangan cuba bertindak kerana terpaksa atau mengikut kata orang.Dan korang haruslah yakin serta bertanggungjawab dengan semua tindakkan yang dilakukan.

7)Akui dan hargailah setiap kejayaan yang telah korang dapat walaupun ianya hanyalah kejayaan kecil.Hadiahkan diri korang dengan mengungkapkan kata syukur pada Allah S.W.T,puji diri sendiri serta membeli hadiah untuk diri sendiri.

8)Tetapkan matlamat dengan jelas dan specifik. Tentukan tempoh masa yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut.Matlamat ini mampu menguji dan membina keyakinan diri korang.

Jom rakan-rakan,sila tinggalkan komen macam mana cara korang membina keyakinan diri....;)

Thursday, April 19, 2012

Meta Tag



Sejak akhir-akhir ini post aku banyak mengisar tentang trafik ke blog.Sebenarnya aku tengah belajar cara bawa trafik ke blog.So apa yang aku faham dan tahu tu,aku post ler kat sini untuk berkongsi dengan semua orang...hidup mana boleh kedekut okeh!Hari ini aku nak citer apa yang aku faham mengenai meta tag lak....

Apa itu meta tag?

Meta tag ialah HTML tag yang berada di dalam head section pada skrip laman web atau blog korang.Ingat,meta tag tidak akan kelihatan di dalam laman web atau blog korang tuh(sembunyi coz malu-malu kucing).Meta tag ini mengandungi maklumat ringkas blog korang dan berfungsi membantu engine carian memahami laman web atau blog korang dengan lebih mudah semasa diindex.Yang penting,meta tag ini korang kena tambah sendiri...ianya tak wujud secara semulajadi okeh!

Terdapat 2 jenis meta tag yang perlu korang ketahui iaitu Meta description tag dan Meta keywords tag.

Meta description tag ialah penerangan ringkas mengenai laman web atau blog korang.Apa yang korang perlu buat ialah tuliskan serba sedikit mengenai laman web korang iaitu berdasarkan kandungan dan niche blog.Tulis ler dalam 100-200 patah perkataan aje.

Meta keywords tag pula digalakkan untuk korang letak dalam 10-15 kata kunci yang berkaitan niche blog korang.Pastikan kata kunci yang diletak itu betul-betul penting untuk blog.Meta keywords akan menolong korang dengan memberitahu crawler kata kunci yang korang gunakan pada laman web atau blog.

Macam mana nak letak description dan keyword tu?Meh aku ajaq...

1- Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML > Expand widget templates dan tekan CTRL + F untuk mencari kod berikut:



2- Letakkan kod berikut di atas kod yang korang cari di step 1 tadi.



Tukarkan perkataan berikut:
Description = Penerangan ringkas tentang blog
Keywords = Keywords bagi blog korang dan sesuai dengan niche blog

3. Save dan Preview.

Selamat Mencuba!....;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...