Followers

Saturday, April 28, 2012

Bersih muncul lagi...Bersih 3.0



Topik hangat hari ini...boleh tenggelam topik Fasha Sadha kahwin...huhuuhhuBila aku buat topik macam ni,korang mesti fikir aku nak tulis bout perhimpunan Bersih...Eeeeeeee.....Tidak sama sekali....Cuma harap perjalanan aku ari ni ke PWTC (Bookfair) & Klang(wedding cousin) berjalan lancar tanpa ada halangan...(jalan mesti banyak tutup)Cool aje....

Friday, April 27, 2012

Oh Kad Kredit!



Info Kad Kredit

Kad kredit merupakan sejenis kad yang membolehkan korang untuk berbelanja terlebih dahulu sejumlah amaun kredit yang telah ditetapkan untuk setiap kad yang dipanggil had kredit.Untuk lebih faham lagi iainya sejenis bayaran ansuran yang membolehkan korang membayar servis atau membeli bayaran tanpa menggunakan wang tunai .Apabila korang menggunakan kad kredit korang tu,pengeluar kad kredit korang akan membayar bagi pihak korang dan menghantar bil kepada korang dalam bentuk penyata bulanan.

Jangan ingat korang tak perlu keluar duit langsung bila membeli ye...korang dikehendaki membayar sekurang-kurangnya bayaran minimum sebelum tarikh tamat.Pengeluar kad kredit akan mengenakan caj faedah ke atas jumlah bayaran yang belum dijelaskan selepas tarikh tamatnya.

Dalam memiliki kad kredit ni,ada baik dan buruk nya...meh kita tengok apa antara baik dan buruk nya....

Baik nya....
1.Senang dibawa ke mana-mana...hanya sekeping kad
2.Boleh belanja apa yang dikehendaki tanpa menggunakan wang terlebih dahulu
3.Sentiasa mengenangkan tanggungan kewangan anda sebagai satu sumber kredit.
4.Cara pembayaran yang mudah
5.Mampu mengesan perbelanjaan korang melalui bil bulanan
6.Terdapat kad kredit yang memperkenalkan liputan insuran yang percuma

Buruk nya....
1.Berlaku kejadian kad kredit korang disalahguna oleh pihak lain.
2.Cara pembelanjaan yang tidak dapat dikawal
3.Caj faedah yang tinggi jika terlewat bayar
4.Penipuan kad kredit.
5.Meragui keselamatan.Contoh seperti membeli melalui internet
6.Membeli harga produk dengan menggunakan kad kredit biasanya lebih mahal.Di sesetengah kedai korang perlu membayar caj lebih kurang 2% kepada pengeluar kad kredit tersebut.

Wednesday, April 25, 2012

Dropshipping



Dropshipping ialah satu teknik pengurusan rantaian pembekal di mana penjual tidak akan menyimpan stok dan memindahkan pesanan pembeli produk kepada pembekal untuk tujuan pembungkusan serta penghantaran produk terus ke alamat pembeli.Dropshipping disarankan kepada mereka yang baru ingin bermula menceburi perniagaan internet tetapi tiada modal yang mencukupi.

Dengan kata mudah,tugas penjual ialah mengambil tempahan dari pelanggan dan hantar tempahan tersebut kepada pembekal.Penjual menjual dengan harga sendiri,dan bayar kepada pembekal dengan harga borong.Baki duit tersebut itu dikira sebagai untung penjual.



Dropshipping ini semakin mendapat perhatian di kalangan pelajar,suri rumah serta penjawat awam kerana ianya perniagaan yang tidak melibatkan modal yang besar untuk memulakannya.Meh tengok tips memulakan perniagaan dropship:

1.Kaji pasaran sebelum menjual
Korang perlu tahu apa produk yang mempunyai permintaan di pasaran.Permintaan pasaran yan tinggi membolehkan korang menghasilkan jualan yang tinggi.

2.Memilih dropship yang membekalkan produk yang mempunyai permintaan di pasaran.
Terdapat pelbagai perkhidmatan dropship di internet samaada yang berbayar atau percuma.Kebanyakkan dropship hanya menumpukan satu kategori barang sahaja.Contohnya ada dropship yang hanya menjual barangan computer sahaja dan ada yang menjual barangan pakaian sahaja. Jadi anda kena bijak memilih dropship yang berkaitan dengan produk yang anda cari.

3.Menentukan berapa peratus keuntungan yang korang sasarkan.
Lihat harga runcit produk yang hendak dijual.Jangan lupa untuk membandingkan harga jualan oleh pesaing.Pastikan anda mendapat keuntungan yang berbaloi dengan promosi korang.Jangan sekadar balik modal atau untung kecil.Pastikan ianya berbaloi.

4.Guna platform jualan untuk menjual.
Korang boleh menggunakan website,blog,laman jualan seperti mudah.my,
ebay.com.my,lelong.my dan lain-lain.

Semoga success!

Tuesday, April 24, 2012

9 Tabiat Jutawan



Tengah santai-santai tu meh kita baca 9 tabiat jutawan.Kalau korang ada perasaan untuk jadi jutawan,aku cadangkan korang ikut ler tabiat-tabiat yang ada pada seorang jutawan...;)

1.Jutawan mencipta jaringan
Jutawan akan membina jaringan yang berkuasa yang mempunyai hubungan dengan semua lapisan masyarakat dalam kehidupan mereka.Para jutawan ini tahu bahawa pelanggan atau rakan kongsi boleh datang dari mana-mana sahaja.Mereka akan cipta apa saja jaringan dalam mencari keuntungan.

2.Jutawan Fokus
Perbezaan antara seorang yang berimpian dengan seorang pelaksana ialah bukannya jumlah idea yang mereka miliki, tetapi bagaimana seseorang itu memfokuskan usaha dalam melaksanakan idea yang wujud.Jutawan bekerja bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tanpa memikirkan apa-apa kos.

3.Jutawan adalah seorang yang belanja berhemat
Jutawan biasanya merupakan seorang yang suka berbelanja untuk barangan paling murah dan akan berjimat cermat dalam berbelanja.Contohnya mereka akan membawa bekal ke pekabat.Ia memerlukan wang untuk mendapatkan wang dan anda tidak akan mendapat wang yang diperlukan untuk melabur jika anda membelanjakannya.

4.Jutawan mendidik diri sendiri
Tidak perlu memiliki Ijazah,Master atau PHD untuk menjadi seorang jutawan,tetapi ia perlukan keinginan untuk belajar.Tidak kisahlah bagaimana cara korang belajar samaada daripada seorang mentor,buku,atau juga laman web,pembelajaran berterusan amat mustahak untuk kejayaan jangka panjang.

5.Jutawan mengambil risiko terkira
Tidak kira ia melabur di dalam saham atau menyimpan di dalam saham amanah untuk memulakan bisnes,jutawan mengambil risiko terkira.Dalam risiko ini,ganjarannya adalah jauh lebih besar berbanding kos kegagalan dan peluang untuk berjaya adalah cerah.

6.Jutawan lakukan apa yang diperlukan
Kisah kejayaan yang paling memberi inspirasi dikalangan jutawan melibatkan pengorbanan yang banyak.Daripada tidur di dalam kereta,menjalankan dua kerja dalam satu masa,hinggalah mengabaikan hubungan peribadi .Jutawan bukan sesuka hati dan sengaja menangguhkan kepuasan peribadi,para jutawan menanggung kesakitan pada awalnya.

7.Jutawan perolehi faedah dan tidak membayar faedah
Para jutawan tahu akan keburukkan daripada hutang dan cuba mengelakkannya.Sebaliknya,jutawan lebih kepada menyimpan,melabur dan malahan meminjam wang kepada orang lain untuk mendapatkan pendapatan daripada faedah.

8.Jutawan seorang pemurah
Juatawan akan menderma untuk sebab yang lebih besar dan berfaedah.Ia bukan sahaja usaha giat untuk menambah duit di dalam akaun,jutawan akan membuat pilihan yang tepat badan kebajikan mana yang ingin disumbangkan.

9.Jutawan memimpin
Tidak terperanjat pun., kualiti yang sama membolehkan orang biasa memperolehi berjuta menjadikan mereka pemimpin semula jadi. Ia kembali kepada keputusan untuk menjadi seorang jutawan pada asalnya. Suatu resolusi untuk mengorak langkah, membuka jalan berbanding mengikut jalan sedia ada.

Adakah semua tabiat ini pada anda?Kalau semua tabiat ini ada pada anda,InsyaAllah jalan untuk anda menjadi jutawan akan cerah...;)

Sunday, April 22, 2012

Pelaburan Emas



Emas merupakan logam lembut,berwarna kuning,berkilat,mudah ditempa,tumpat, dan stabil dimana ianya tidak bertindak balas dengan kebanyakakan bahan kimia.Emas selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan dan longgokan aluvium.Emas menjadi penyimpan kekayaan yang paling unggul kerana emas tidak boleh dibinasakan serta tidak akan hilang nilainya.Nilai emas akan sentiasa meningkat di dalam jangka masa yang panjang.

Pelaburan emas merujuk kepada membuat pelaburan dengan menggunakan emas.Emas yang dilaburkan dalam bentuk fizikal atau membuka akaun simpanan emas di bank.Emas bentuk fizikal terdiri daripada jongkong emas,barang kemas dan dinar emas.

Keuntungan emas boleh didapati dengan cara untuk disimpan(dijual pada harga tinggi),dipajak dan diniaga.Pelaburan emas adalah satu pelaburan jangka masa panjang dan boleh memberi pulangan.Keuntungan emas sesuai dilihat selepas 12 bulan kerana harga emas akan sentiasa turun naik.

Pelaburan emas biasanya menggunakan konsep beli dan tunggu.Ini kerana harga emas sentiasa naik.Anda seorang yang beruntung jika mempunyai emas yang banyak ketika harga emas berada di paras yang tinggi.Beli harga rendah dan jual harga tinggi.

Gud luck buat pelabur emas.

Saturday, April 21, 2012

Membina Keyakinan Diri



“Saya takut ler”

“Tak yakin ler”

“Boleh ke saya buat?”


Antara kata-kata yang negative yang tak patut di ungkapkan.Ini semua di ungkapkan kerana wujud perasaan tidak yakin dalam diri.Mengapa korang tidak yakin pada diri sendiri jika dibandingkan dengan orang lain yang berjaya?Apa yang buat korang tidak merasa yakin pada diri sendiri?

Meh aku kongsi tips yang boleh membantu korang membina keyakinan diri.

1)Kenali diri sendiri.Periksa apa kekuatan dan kelemahan korang.Cuba atasi atau baiki kelemahan diri disamping tingkatkan lagi kekuatan diri dari semasa ke semasa.

2)Amalkan kata-kata positif dalam diri dengan berkata seperti aku mesti melakukannya,aku boleh buat,aku yakin boleh.Keyakinan akan datang dengan sendiri secara peringkat-peringkat.Disamping itu banyak menyatakan kesyukuran atas limpah kurnia Allah.

3)Bergaul dengan rakan yang berjaya.Belajar dengan rakan-rakan yang berjaya cara bagaimana diaorang boleh berjaya.Pelajari apa saja kelakuan rakan yang berjaya itu untuk korang boleh jadikan sebagai panduan dalam membina keyakinan diri.Hindarkan diri daripada rakan yang boleh menghancurkan diri korang.

4)Terima kasih seadanya.Terima diri korang seadanya dan jangan lah membandingkan diri korang dengan orang lain.Semua orang tidak sempurna.Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing.Kadang-kadang perasaan tidak yakin muncul apabila korang melihat kekurangan diri tanpa mahu mengatasinya.Apa pun,bersyukur lah...

5)Perbaiki kemahiran komunikasi.Belajar dan amalkan cara komunikasi yang efektif.Dan rajin-rajin ler bagi pendapat pada perbincangan disamping menjadi pendengar yang baik.Keyakinan akan datang dengan sendiri secara beransur-ansur

6)Bertindaklah dengan keyakinan.Jangan cuba bertindak kerana terpaksa atau mengikut kata orang.Dan korang haruslah yakin serta bertanggungjawab dengan semua tindakkan yang dilakukan.

7)Akui dan hargailah setiap kejayaan yang telah korang dapat walaupun ianya hanyalah kejayaan kecil.Hadiahkan diri korang dengan mengungkapkan kata syukur pada Allah S.W.T,puji diri sendiri serta membeli hadiah untuk diri sendiri.

8)Tetapkan matlamat dengan jelas dan specifik. Tentukan tempoh masa yang perlu diambil untuk mencapai matlamat tersebut.Matlamat ini mampu menguji dan membina keyakinan diri korang.

Jom rakan-rakan,sila tinggalkan komen macam mana cara korang membina keyakinan diri....;)

Thursday, April 19, 2012

Meta Tag



Sejak akhir-akhir ini post aku banyak mengisar tentang trafik ke blog.Sebenarnya aku tengah belajar cara bawa trafik ke blog.So apa yang aku faham dan tahu tu,aku post ler kat sini untuk berkongsi dengan semua orang...hidup mana boleh kedekut okeh!Hari ini aku nak citer apa yang aku faham mengenai meta tag lak....

Apa itu meta tag?

Meta tag ialah HTML tag yang berada di dalam head section pada skrip laman web atau blog korang.Ingat,meta tag tidak akan kelihatan di dalam laman web atau blog korang tuh(sembunyi coz malu-malu kucing).Meta tag ini mengandungi maklumat ringkas blog korang dan berfungsi membantu engine carian memahami laman web atau blog korang dengan lebih mudah semasa diindex.Yang penting,meta tag ini korang kena tambah sendiri...ianya tak wujud secara semulajadi okeh!

Terdapat 2 jenis meta tag yang perlu korang ketahui iaitu Meta description tag dan Meta keywords tag.

Meta description tag ialah penerangan ringkas mengenai laman web atau blog korang.Apa yang korang perlu buat ialah tuliskan serba sedikit mengenai laman web korang iaitu berdasarkan kandungan dan niche blog.Tulis ler dalam 100-200 patah perkataan aje.

Meta keywords tag pula digalakkan untuk korang letak dalam 10-15 kata kunci yang berkaitan niche blog korang.Pastikan kata kunci yang diletak itu betul-betul penting untuk blog.Meta keywords akan menolong korang dengan memberitahu crawler kata kunci yang korang gunakan pada laman web atau blog.

Macam mana nak letak description dan keyword tu?Meh aku ajaq...

1- Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML > Expand widget templates dan tekan CTRL + F untuk mencari kod berikut:



2- Letakkan kod berikut di atas kod yang korang cari di step 1 tadi.



Tukarkan perkataan berikut:
Description = Penerangan ringkas tentang blog
Keywords = Keywords bagi blog korang dan sesuai dengan niche blog

3. Save dan Preview.

Selamat Mencuba!....;)

Search Engine Optimizer (SEO)



Apa itu SEO?

SEO a.k.a Search Engine optimizer ialah satu teknik atau kaedah untuk membolehkan engin carian seperti Google,Yahoo,MSN dan banyak lagi menemui blog korang di engin carian.Untuk lebih pencerahan,di internet terdapat banyak laman web atau blog yang minta untuk dikunjungi dan dibaca.Oleh itu,korang hendaklah menambat hati engin carian untuk minta dikunjungi.Dalam memastikan blog atau laman web korang dikunjungi, teknik SEO diperlukan.Dengan teknik SEO ini,korang akan berusaha agar blog korang menjadi pilihan yang pertama oleh GoogleBots, Spider atau Web Crawler. Untuk dijadikan pilihan,korang mestilah memastikan ianya berada di muka hadapan dan raking tertinggi dalam engin carian.

SEO vs Trafik Blog

SEO akan membantu trafik dan meletakkan laman web atau blog korang pada ranking tertinggi dalam engin carian. Ramai orang akan klik laman web atau blog korang tuh bila ianya berada di ranking tertinggi dalam engin carian.Dah bila ramai yang bertandang tu,sedikit sebanyak boleh ler tolong hubungan korang dengan pakcik Nuffnang tuh ye....hehhee.Korang boleh jugak menggunakan teknik ping untuk tarik trafik ke blog korang tu seperti yang entry PING aku sebelum ni.

Okler...cukup sampai di sini sahaja penerangan ringkas daripada aku budak yang baru belajar!...;)

Saturday, April 14, 2012

PING!



Apa itu PING

PING ialah proses untuk memberitahu bot search engine(seperti Google,Yahoo) mengenai maklumat terkini yang kita telah update blog.Disamping untuk promosi entry-entry yang baru diupdate kepada orang ramai.Ye ler...duk post entry aje,takde orang datang baca tak guna jugak kan...ala2 syok sendiri pun ada...ekekke.Mellaui cara ini,blog yang telah diupdate akan cepat dikesan oleh search engine.Secara tak langsung,cara ini sedikit sebanyak mampu meningkatkan trafik ke blog korang.

Nak PING kat mana?

Korang boleh PING entry blog secara percuma antaranya di :
~~ Innit~~
~~Busuk~~
~~Apesal.com~~
~~Oh!Belog.com~~
~~Blogged.my~~
~~Gengblogger~~

Kalau korang faham dan akan nampak PING merupakan proses penting supaya blog kita sentiasa dikemaskini pada search engine.

Rajin-rajin ler update blog ye dan jangan lupa PING!

RM150.00 Cash | Give Away From lidarahim.com



Join giveaway lagi!Harap menang ler ye...
Giveaway ni dibuat oleh Lidarahim.Syarat nak join pun mudah aje.Nak tahu syarat klik DISINI

Hadiah-hadiah yang ditawarkan:

Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang


Meh ler ramai-ramai kita join!
Tarikh tamat:07 Mei 2012 pada jam 12 tengah hari

Friday, April 13, 2012

Fikirkan Boleh



Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

InsyaAllah....U can do it!

Berfikir Di Luar Kotak



Berfikir di luar kotak a.k.a thinking outside the box bermaksud berfikir lain daripada biasa untuk menghasilkan sesuatu yang luarbiasa.Lebih sesuai dikatakan ianya merujuk kepada bagaimana cara kita berfikir.Adakah fikiran yang korang fikir tu lain dari yang lain atau biasa-biasa aje?

Berfikir di luar kotak boleh dilihat daripada hasilnya.Adakah hasil itu mampu memberi kelainan atau kemajuan dalam hidup?Jika ya,peluang untuk korang berjaya amatlah cerah.

Berfikir di luar kotak bukanlah cara berfikir yang boleh diajar.Ianya adalah kebolehan semulajadi dalam diri sendiri dan ianya merupakan satu bonus untuk seseorang itu maju jika korang mampu berfikir diluar kotak.

Mesti ada yang terfikir...mampukah aku berfikir di luar kotak?

Semestinya boleh kerana keupayaan otak manusia normal adalah sama sahaja.Memang ler kita akan rasa kita tak mampu,tak kreatif tetapi cuba korang berfikir positif,berimiginasi (walaupun fikir perkara tak logik),membaca,menghadiri seminar,bengkel.InsyaAllah anda mampu berfikir diluar kotak.

Kongsi kisah berfikir di luar kotak korang atau kisah yang korang tahu di ruangan komen.Tq

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi Di Acheh



Gempa bumi berukuran 8.7 magnitud telah menggegar Aceh,Sumatera Utara pada pukul 4.50 petang Rabu.

Gegeran turut dirasai di Melaka,Pulau Pinang dan Selangor.

Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Infonesia.

Tapi dalam kul 6.45 petang tadi,baru je aku nak buat post pasal gempa ni,aku turut merasai gegaran kali kedua....belum diketahui lagi info tentang gegaran gempa kali ke dua.

Aliran Pendapatan Berganda



Semua orang nak kaya kan?hahaa...tipu ler rasanya kalau korang tak rasa nak jadi kaya.Tapi korang tahu tak rahsia orang-orang yang jadi kaya itu?Rahsianya ialah aliran pendapatan berganda a.k.a Multiple streams of income.Apa tu?

Aliran pendapatan berganda ialah untuk tidak bergantung kepada hanya satu punca pendapatan sahaja.Korang mestilah mempunyai banyak aliran pendapatan berganda.Bayangkan kalau korang ada satu aje aliran pendapatam,lepas tu aliran itu tak dapat berfungsi?Apa akan jadi pada pendapatan anda?Jika anda mempunyai banyak aliran pendapatan,sekurang-kurangnya,bila satu aliran rosak,korang masih mempunyai aliran pendapatan lain.

Orang kaya yang berjaya masa kini bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja tetapi mereka mempunyai banyak aliran pendapatan yang pelbagai.Banyak contoh aliran pendapatan yang korang boleh dapati seperti pelaburan, perniagaan, royalti, komisyen, hartanah, dan sebagainya.
Pepatah inggeris ada berbunyi, “Don’t put all eggs in one basket” (jangan letakkan semua telur dalam satu bakul).Ini kerana andaikan bakul itu terjatuh,kesemua telur itu akan pecah.Telur ibarat pendapatan,bila dah pecah,korang sudah tiada pendapatan lagi.

Bayangkan jika korang mempunyai empat aliran pendapatan dan satu aliran mampu memberi pendapatan RM 5, 000.Bila empat aliran: RM5,000 x 4 = RM20,000.Banyakkan jumlah pendapatan yang korang dapat....;)

Fikirkan bagaimana korang boleh mengaplikasikan konsep ini kepada diri korang?

Monday, April 9, 2012

SEGMEN: SAPE NAK TAMBAH FOLLOWER



Jom ramai-ramai kita join segmen:sape nak tambah follower

Tarikh tutup: 12 April 2012 tepat jam 12 tengah hari

Untuk join Klik Segmen:sape nak tambah follower

Sunday, April 8, 2012

Keputusan ABPBH 2011



Keputusan ABPBH 2011

~~ Artis berkumpulan/duo popular – Jacqlyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
~~ Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
~~ Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
~~ Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
~~ Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid
~~ Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
~~ Artis Baru Lelaki Popular – Johan As’ari
~~ Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz
~~ Penyampai Radio Wanita Popular – Farah Fauzana
~~ Pengacara TV Wanita Popular – Farah Fauzana
~~ Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
~~ Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti Nurhaliza
~~ Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
~~ Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
~~ Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
~~ Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin
~~ Penyanyi Wanita Popular – Yuna
~~ Bintang Paling Popular ABPBH2011 - Aaron Aziz

Tahniah!Tahniah....Suka AA...hehheee ...;)

Saturday, April 7, 2012

Apa itu Pelawat Unik (Unique Visitor)?



Apa itu pelawat unik(unique visitor)?

Pelawat Unik(unique visitor) ialah bilangan pelawat yang datang melawat blog korang dari IP address yang unik dalam tempoh sejam.Dalam tempoh satu jam yang sama,satu IP address yang unik itu di kira sebagai satu pelawat unik dan pada jam seterusnya,ia dikira sebagai satu pelawat unik yang lain pula.

Untuk korang lebih faham,meh aku bagi contoh,Izriq datang melawat blog korang pada jam 3.00 petang.Kedatangan ini di anggap satu pelawat unik.Jika Izriq datang lagi melawat blog selepas 15 minit,ianya tidak dikira pelawat unik.So pelawat unik masih lagi satu.Tetapi,jika Izriq datang melawat lagi blog pada jam 4.oo petang,kedatangan ini di anggap satu pelawat unik.(untuk lebih faham,rujuk masa pada contoh yang diberi).

Dunia Blog



Sekarang,semua orang berblog.Ada yang blog untuk menjual produk atau servis diaorang,ada yang berblog untuk dijadikan diari hidup mereka,ada yang berblog untuk dapat duit sampingan,macam-macam ler tujuannya...Apa kurangnya dengan aku...aku pun baru berjinak dengan blog.Kenapa aku berblog?

~~Aku nak cuba berjinak dengan penulisan...so aku cabar ler diriku dengan cara berblog.Memang ler penulisan aku (post-post yang lepas) tu tak berapa best.Tapi aku cuba untuk perbaikinya dari semasa ke semasa.Aku percaya dengan buat hari-hari ler yang akan buat kita pandai dan mahir dalam sesuatu hal itu.

~~Sekadar mengisi masa terluang...ada masa ke?huhuhuhuuu...memang ler kadang-kadang busy dengan kerja.Tapi kalau asyik mengadap kerja aje,bosan jugak.Nak jugak rasa buat benda lain.So benda lain tu aku pilih untuk berblog.Boleh kongsi macam-macam perkara.

~~Tambah kenalan dan ilmu pengetahuan...aku ni sejak kecil lagi memang suka berkenalan.So aku harap bila ada berblog ni,aku dapat tambahkan lagi kenalan serta ilmu.Ye ler...blog ni bagi tip ni,blog tu bagi tip tu...bila dah baca dan follow tu,secara tak langsung kita dapat ilmu baru..

Aku buat blog nih tak specifik pada satu topik aje.Aku akan tulis apa yang aku fikir dan menarik untuk dijadikan topik pada hari itu.

Korang lak kenapa berblog?Jom komen dan share alasan kenapa korang berblog.

Thursday, April 5, 2012

Senarai Top 5 Finalis ABPBH 2011



Senarai Top 5 Finalis ABPBH 2011

Penyanyi Lelaki
Faizal Tahir
Anuar Zain
Aizat
Hafiz
Black

Penyanyi Perempuan
Najwa Latif
Yuna
Stacy
Alyah
Shila Amzah

Artis duo/Berkempulan
6ixth Sense
Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
Meet Unclee Hussain/Hazama
Bunkface
Forteen

Artis Baru Lelaki
Johan Ariff As’ari
Hazama
Awi Rafael
Aeril Zafrel
Beto Khusyairi

Artis Baru Wanita
Tasha Shilla
Najwa Latif
Neelofa
Nur Fathia
Izara Aishah

Pelakon Filem Lelaki
Aaron Aziz
Shaheizy Sam
Adi Putra
Syamsul Yusof
Bront Palaree

Pelakon Filem Wanita
Lisa Surihani
Maya Karin
Diana Danielle
Yana Samsudin
Eja

Pelakon TV Lelaki
Aaron Aziz
Adi Putra
Remy Ishak
Fizz Fairuz
Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita
Fasha Sandha
Tizz Zaqyah
Scha Alyahya
Nora Danish
Rozita Che Wan

Artis Komedi Lelaki
Zizan Razak
Johan
Nabil
Along Cham
Afdlin Shauki

Artis Komedi Wanita
Noorkhiriah
Sharifah Shahira
Didie Alias
Kenchana Dewi
Alliza Abdullah@Enot

Pengacara TV Lelaki
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Zizan Razak

Pengacara TV Wanita
Fara Fauzana
Cheryl Samad
Sharifah Shahira
Raja Azura
Nurul Shuhada

Penyampai Radio Lelaki
Faizal Ismail
Aznil Nawawi
AG
Halim Othman
Khairil Rashid @ Krill

Penyampai Radio Wanita
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Abby Fana
Sharifah Shahira

JANGAN LUPA TONTON ABPBH PADA 8 APRIL NANTI!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...