Followers

Saturday, March 31, 2012

Buffered Earnings Nuffnang



Apa lak nya Buffered earnings?Nuffnang oh nuffnang....

Meh aku kabo...

Korang akan dapat buffered earnings apabila pelawat blog korang melebihi 100-200 unik pelawat sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog korang menerusi nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang hinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.

Nak bagi korang faham lagi,contohnya Sony memberikan ruang iklan korang dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM50 setelah page impression blog korang melepasi 10000.Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari,jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari.Iklan Sony itu akan bertukar menjadi metered earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh Sony.

Cara dapat buffered earnings

1)Update Profile dan blog survey
Isi dan update profile paling tidak pun sekali sebulan atau dua minggu sekali untuk Nuffnang guna data ini untuk filter blog yang sesuai dengan kehendak pihak advertiser.

2)Kandungan Blog
Isi kandungan blog korang hendaklah asli.Nuffnang tidak akan meletakkan kempen CPM jika blog korang mengandungi informasi daripada sumber yang lain.

3)Jangan tipu Klik
Korang jangan klik banner sendiri ye...Nuffnang boleh detect dari sumber IP address.Kalau Nuffnang boleh detect,dia mesti banned terus dari iklan nuffnang.

4)Kedudukan Iklan
Kalau korang silap letak iklan Nuffnang di blog korang,pelawat tak akan perasan iklan korang tu.Letak ler ditempat yang senang nak nampak dengan jelasnya.Untuk tahu cara letak iklan yang betul boleh rujuk dengan Nuffnang.

5)Letak semua jenis iklan
Nuffnang mempunyai 3 jenis iklan iaitu leaderboard,skycraper dan large rectangle.Korang digalakkan untuk letak semua tiga jenis iklan tu dalam blog korang ye.

6)Selalu bertanya khabar
Korang selalu ler buat pertanyaan kat pihak Nuffnang.Tanya aje apa-apa yang patut.

7)Selalu update blog
Sebaiknya,korang update ler blog korang tuh setiap hari supaya boleh tarik ramai lagi trafik datang ke blog korang.Kalau tak sempat nak post,buat draft awal-awal dan buat auto publish.

8)Maintain trafik
Korang hendaklah maintain kan trafik yang datang ke blog korang tu 100++ pelawat unik sehari.

Ini yang dapat aku share tips untuk dapatkan buffered earning.Kalau korang ada tips lain boleh ler share di ruangan komen.

Apa itu Nuffnang?



Aku percaya,masih ada lagi yang belum tahu

'Apa itu NUFFNANG?'

Meh aku kabo....;)

NUFFNANG adalah sebuah syarikat pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ianya juga merupakan sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping itu,NUFFNANG juga menganjur dan menyokong pelbagai aktiviti seperti tayangan wayang,seminar/bengkel kerja,parti dan lain-lain lagi.

NUFFNANG menpunyai pelbagai pengiklan seperti Nokia, Digi, Maxis, Nike, Nestle, Sony dan banyak lagi syarikat-syarikat yang gah di Malaysia.Maka bermula ler bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui NUFFNANG dan secara tak langsung medium blogger akan digunakan.

NUFFNANG boleh buat duit?

Korang jangan terkejut lak NUFFNANG boleh bagi duit.Terdapat tiga jenis pengiklanan yang disediakan oleh NUFFNANG iaitu Cost per click(CPC),CPM(buffered earnings) dan advertorials.

Cost per click atau dikenali sebagai CPC ialah berdasarkan click visitor korang kepada iklan yang korang letak tuh.Banyak klik,banyak ler earning yang korang dapat.

CPM atau buffered earnings ialah untuk blogger yang mempunyai unik pelawat yang maintain 100-200++ sehari.Advertiser akan berurusan dengan pihak NUFFNANG untuk menyewa tapak di blog korang dengan mengikut bilangan unik pelawat korang itu.

Advertorial ialah earning yang advance di dalam NUFFNANG.Earning nya merupakan sangat confidential dimana blogger yang mendapat earning ini tidak boleh mendedahkan nilai eraning mereka.Caranya ialah akan ada advertiser yang tertarik dengan blog korang dan korang mempunyai bilangan unik pelawat yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan korang.Korang akan dikehendaki menulis satu post produk terbaru mereka atau pun berkenaan website mereka....masyuk
Untuk mendapat iklan ini,korang perlulah mempunyai unik pelawat yang tinggi dalam masa sehari dan mempunyai content blog yang menarik...;)

Friday, March 30, 2012

Simpanan

Salam....dah 2 3 hari aku tak post apa-apa.aku tak berapa sihat,demam.balik keje je terus tido.Hari ni aku nak sembang topik simpanan.Aku pilih topik ni coz aku tahu,akhir-akhir bulan ni mesti ramai yang dapat gaji.Bila dah dapat mula ler rancang nak beli itu,beli ini...sedar-sedar duit dah abis,sedangkan baru aje awal bulan.Ini semua gara-gara tidak merancang.Aku selalunya merancang duit gaji aku....apa yang aku selalu buat ialah Duit gaji - SIMPANAN - hutang - sewa = belanja
Simpanan tu aku bold kan kerana itu part yang penting...bila dapat duit gaji tuh terus simpan dalam bank untuk simpanan.Seboleh-bolehnya masuk ke dalam bank yang susah sikit nak buat keluar macam ASB.Aku selalu simpan kat ASB ler coz leceh ler kena pergi kaunter untuk buat keluar....Berapa nak simpan?sebaiknya simpan paling sikit pun 10% daripada duit gaji.Kalau nak simpan lebih daripada 10% tu kira bagus sangat-sangat ler.Hutang & sewa tu korang tolak ler awal-awal jugak.Sewa tu macam biasa ler macam sewa rumah ke...sewa apa-apa ler...hutang tu lak macam hutang besar ler macam PTPTN,loan ke...tapi ingat,jangan sengaja cipta hutang. "akak,saya ambil dulu yer,cukup bulan saya bayar" - sengaja cipta hutang yang selalu dibuat...Akhir sekali,baki duit itu ler dikira belanja..kalau baki tinggal RM30 je,guna ler rm30 tu untuk sebulan(RM1 sehari)...huhuhuhu...

Sunday, March 25, 2012

Majalah Niaga Edisi #20



Tahniah buat team Majalah Niaga kerana sudah berjaya menerbitkan majalah edisi 20...

Aku dah follow Majalah Niaga semenjak edisi 1 lagi hingga sekarang.Bagi aku,majalah ni bagus sebagai sumber informasi usahawan Malaysia.

Boleh download di web di bawah:

http://www.majalahniaga.com

Antara isu yang menarik untuk edisi 20 ialah:

~~Membongkar kisah jutawan animasi
~~Web copy untuk perniagaan B2B
~~Berkenalan dengan hak cipta Malaysia
~~Kebaikan kerja keras dan bisnes part time
~~Remake:Ibu mertuaku 2012
~~5 Strategi perniagaan Ebay
~~Cara menjadi fulltime blogger

dan banyak lagi....tak rugi download...FREE tu....

Saturday, March 24, 2012

Kita Kepunyaan Allah

Ada masa terluang,aku akan 'jalan-jalan' sambil cuci mata di blog-blog...'jalan' punya 'jalan',aku tertarik untuk baca satu blog ni

Mawar Nafastari

Bila baca satu post ke satu post...buat aku berasa ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya.Dalam masa yang sama,aku teringat satu kisah kemalangan yang aku baca di surat khabar...aku terfikir,adakah blog dan kemalangan itu orang yang sama?Perasaan ingin tahu buat aku habiskan satu malam untuk membaca semua post di blog Mawar Nafastari, Nafastari, Embun,Kekwa....blog yang begitu menyentuh perasaan...

Akhirnya,persoalan yang buat aku terfikir-fikir itu terjawab jua...Memang benar,kemalangan dan orang di blog Mawar Nafastari adalah orang yang sama...Sungguh ku tak sangka akan terbaca blog ini.Apa yang buat aku ingat akan kemalangan tersebut walaupun setahun berlalu dan hanya mengetahuinya melalui suratkhabar ialah "kuda"....Sebenarnya aku juga pernah menjadi warga Setiu,dan kejadian kemalangan dengan kuda amatlah aneh bagi aku.Kalau kemalangan dengan lembu atau kambing itu sudah menjadi kebiasaan kat area pantai tu...mana datangnya kuda lak ni...

Aku membaca post demi post dengan linangan air mata...begitu berat dugaan untuk Mawar Nafastari...Aku cuba membayangkan kalau aku berada di tempat Mawar Nafastari,adakah aku mampu menghadapinya?Namun,aku cukup kagum dengan ketabahan dan kecekalan Mawar Nafastari dalam menghadapi semua dugaan ini....dan ingatlah

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Semoga Mawar Nafastari terus tabah dalam menghadapi cabaran dugaan hidup

P/S:Tak sabar nak tunggu kemunculan buku 'Travelog Nafastari'.Confirm aku beli!

Friday, March 23, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012


Event yang ditunggu-tunggu setiap tahun....like...like...like

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 akan di adakan pada 27 April - 6 Mei 2012...Maknanya lagi sebulan....Sempat aku kumpul duit tu.So dalam tempoh sebulan nih aku dah kena survey judul buku nak beli termasuk buat budget.Bukan apa,merancang tu penting supaya tidak membazir.

At same time,aku risau jugak takut tak berpeluang untuk berkunjung ke sana...But InsyaAllah boleh kot aku ke sana.Kebetulan lak 28 April tu aku ada kenduri sepupu di Klang.Kena ler arrange masa dengan betul-betul...yakin boleh...ekekkee..

Nak beli buku apa ye?apa buku hot sekarang ye?Yang pasti bukan novel yang cintan cintun tuh...

p/s:apa judul buku yang best untuk dibaca?...;)

Thursday, March 22, 2012

Duit syiling baru

Semalam aku pergi kedai buku Popular.Beli buku Prinsip Perakaunan untuk aku buat rujukan...but jangan fikir aku ni student lak...;).Selepas bayar,cashier tu bagi duit baki kat aku.Duit rm0.50 + rm0.10 .Mula tu aku ingat dia bagi apa ler ada warna keemasan...rupanya duit syiling baru...first time aku tengok nya.



Sebelum ni memang aku dah tahu akan kewujudan duit syiling baru cuma tak tahu akan keluar bila...komen ku duit baru kecil dan ringan.Bila duit kecil buat aku terfikir,lambat ler tabung aku nak penuh kalau duitnya kecil.Isi banyak baru dapat penuh...hehhee.

Pastu aku ni sibuk jugak fikir kat other company yang guna machine melibatkan duit syiling...Diaorang kena setting or adjust balik machine diaorang untuk sesuai dan boleh terima duit syiling baru...Especially machine LRT kan...dah ler baru guna machine baru then kita adjust lagi...huhuhuhuuu...kos semua tuh...aku cakap macam nih pun berdasarkan pengalaman aku keje sector perbankan bila kena setting balik machine cash deposit supaya terima duit RM50 baru....;)

p/s: duit kertas baru bila nak keluar lak?atau dah keluar?

Oh no!!


Alamak....dah lama tak timbang,sekali jumpa penimbang..Oh no!!!

Tadi pergi Tesco,terjumpe penimbang.Apa lagi,aku pun aku ambil kesempatan untuk mengetahui jawapan kepada persoalan yang sentiasa berada di minda aku selama ini.huhuhu...nervous jugak nak tahu jawapannya.Dengan berbekalkan RM0.20,aku nekad nak tahu jugak...Jawapan nya.....

Berat ku telah berada di paras bahaya...huhuhu..dah kenal control makan ler nih.50.1 KG..selama ni aku set dalam otak aku max 50KG aje...dan selama nih berat aku hanyalah 48KG sahaja...

Need to do something!!!

Monday, March 19, 2012

Monavie oh Monavie


Kalian pernah dengar Monavie tak?

Aku dah lama dengar cuma tak ambil port...cuma sehari dua ni baru aku buat research coz teringin cari penyelesaian pada masalah kesihatan aku....nak hapuskan 'uncle migrain' dari dalam hidupku.

Aku tertarik nak research monavie ni coz one of my mentor amalkannya.Tapi aku takde ler terus tertarik...apa-apa aku kaji dulu....

Apa itu Monavie?

Monavie merupakan satu gabungan buah acai berry yang hanya terdapat di hutan Amazon serta gabungan 18 jenis buah-buahan terpilih dan terbaik dunia untuk membekalkan daya tenaga paling optimum untuk badan kita. Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh meransangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit.

Buah acai berry sendiri terdiri daripada kandungan-kandungan protein, lemak, fiber, vitamin, mineral-mineral dan garam-galian unik dan berkualiti untuk pemulihan SEMULAJADI daripada pelbagai penyakit.

Fungsi Jus monavie

~Menghasilkan unsur-unsur anti-oksida yang tinggi yang berupaya melawan, mengurangkan dan menyahkan radikal-radikal bebas dalam badan kita
~Membekalkan nutrient yang tinggi dan berkualiti yang tidak terdapat dalam makanan tambahan yang lain
~Menambahkan zat-zat yang kurang dalam tubuh kita.
~Mengatasi masalah usus dan pencernaan
~Merangsang sistem pernafasan yang lebih lancar
~Membaiki dan membina semula sel/tisu dan segala sistem saraf yang rosak dalam tubuh agar kembali kepada asal seperti masalah sendi-sendi, organ dan lain-lain.
~Membantu mengatasi masalah otot dan tulang
~Meningkatkan ketegangan kulit serta melicinkan permukaan kulit muka
~Menguatkan daya ketahanan melawan penyakit
~Membekalkan tenaga yang optimum untuk badan kita.

Sesiapa yang ada pengalaman dengan Jus Monavie ni boleh ler bagi komen atau cadangan untuk saya...;)

Sunday, March 18, 2012

Buku


**ini bukan koleksi buku ku**

Iqra'....read...bacalah...Aku sangat suka membaca.Apa yang aku amalkan sebelum tido aku akan baca buku.Aku suka baca mengenai bisnes,motivasi,agama,masakan...

Cuma sekarang aku sedih skit coz susah nak beli buku...huwaaaa...sini takde MPH.

Menuntut ilmu yang bermanfaat amatlah di galakkan,terapkan lah tabiat membaca dalam kehidupan...

Rancangan A jadi B

Bila weekend tiba,aku akan plan cuti dengan sebaik mungkin.
Sabtu buat itu ini,Ahad buat itu ini....but semalam....

Pagi sabtu aku gi pejabat pos untuk daftar pemilih...huhuhu


Kantoi lak baru nak daftar...padahal dah terlepas satu pilihanraya yang sepatut aku undi but aku tak daftar lagi masa tu.Nasib senang aje nak daftar.Bagi kad pengenalan kat kerani pos,dia yang isikan semuanya...

Dari pejabat pos aku balik umah opah.Ingat pergi sana nak makan tengah hari aje.Sekali makcik ajak buat apam polka dot...hehhee,aku pantang orang ajak buat kuih.Join ler dia buat (sambil aku belajar buat...).First time aku tengok orang buat apam polkadot.Lepas ni boleh ler aku buat sendiri.Senang aje rupanya dan hasilnya...


Selepas sudah buat apam,dapat lak berita ada tetamu nak datang bermalam dirumah...Huhuhu...haru biru jap coz tak prepare dan tau last minit.Terus balik rumah masak untuk makan malam tetamu...2 buah kereta=13 orang..;)

Memandang tetamu jauh yang datang,malam aku sekeluarga bawa pergi jalan-jalan kat bandar Lumut...Itu je tempat sesuai untuk dibawa berjalan pada waktu malam...Balik rumah dah pukul 11.30 malam...semua kepenatan berjalan.

Sampai umah sempat lagi aku buat print screen assignment untuk member aku....Takpe ler,bersusah payah sekali sekala untuk member..

Friday, March 16, 2012

Tips mencapai matlamat kebebasan kewangan


Bukan mudah untuk kita mencapai kebebasan kewangan tanpa ada perancangan yang rapi.Di sini aku nak kongsi tips yang perlu di amalkan untuk mencapai kebebasan kewangan.Layannnn.....

***Senaraikan impian***
Ambil satu kertas(macam A4 ke),tulis apa impian yang hendak dicapai dalam tempoh 1 tahun,3 tahun,hingga 5 tahun akan datang.Cuba berfikir secara 'luarbiasa'.

***Semak kewangan***
Harus ingat,kewangan harus ler stabil.Urus kewangan sebaiknya.Kenal yang mana aset atau liabiliti.Kurangkan hutang dan tambahkan aset

***Bayar hutang miutang***
Jangan lupa bayar semua hutang miutang yang ada...ekekke...hutang tut!

***Pelbagaikan pendapatan***
Jangan mengharap satu sumber sahaja pendapatan.Cuba pelbagaikan sumber pendapatan agar matlamat kebebasan kewangan dapat dicapai....)

***Simpanan***
Amalkan menyimpan wang pendapatan.Tak kira ler kuantiti banyak mana pun.Ibarat pepatah "sikit-sikit lama-lama jadi bukit"

***Don't give up***
Jangan sesekali give up...kerana impian yang diimpikan tak semesti dapat dicapai dalam masa terdekat.Mungkin akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya.Sentiasa ler berusaha walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran.

***Jangan Bertangguh***
Buang perangai yang suka bertangguh.Masa tak akan menunggu kita.Kita yang seharusnya kejar masa.Ekekek...ni perangai aku ni suka bertangguh...

*** Doa dan tawakal***
Sebagai umat Islam,sentiasalah berdoa kepada Allah mohon dimurahkan rezeki di samping bertawakal.InsyaAllah...

Thursday, March 15, 2012

Financial Freedom



Financial Freedom a.k.a kebebasan kewangan

Kalau kalian nak tahu,inilah impian aku yang sebenarnya.
Aku nak bebas kewangan...apa yang aku maksudkan bebas kewangan ialah suatu hari nanti,duit akan masuk dalam income tanpa aku bekerja...huhuhu...weird aje bunyi nya but not impossible kan?

Untuk capai kebebasan kewangan,aku kena ler cari pendapatan pasif disamping hidup dalam kesederhanaan di peringkat awal ni...mampu ke hidup sederhana?hehhee..insyaAllah...

Biasanya antara sumber pendapatan pasif ialah seperti:
1)menyewakan rumah/tanah:duit sewa masuk setiap bulan tu mampu menyara hidup kita ;)
2)ASB:duit dalam bank ada RM200K,setiap tahun dapat dividen RM20K.so RM20K tu mampu ler menyara hidup kita dalam tempoh setahun.
3)Pendapatan internet secara automatik..

Dalam hidup tak mustahil untuk kita capai...bila hari-hari fikir dan usaha...secara tak langsung,set di minda...InsyaAllah...impian akan jadi realiti

Wednesday, March 14, 2012

Dreams....


Rasa sekejap aje seminggu...dah hari rabu hari ni.
Esok khamis,pastu jumaat...dah weekend...cepat masa berlalu..

Bulan pun silih berganti...Jan,Feb,Mac...emmmm dah nak April...
Uwaaa...dah nak tengah tahun,tapi life aku macam mana????

Masih banyak impian yang belum tercapai....alamak!
Di mana silap nya bila impian belum tercapai.Masa tak akan menunggu aku...aku yang harus mengejarnya....

Mungkin aku kena list semua impian aku supaya aku nampak lebih jelas?huhuuhuu..

Tuesday, March 13, 2012

Life dan Memory

First time aku nak mencoret....
Ntah macam mana boleh rasa teringin nak ber'blog'

Dah lama niat nak ber'blog',dek kerana busy memanjang,asyik tertangguh aje.
Hari ni nekad nak post jugak coz aku suka sangat date 13 Mac.Kenapa??hehehe...date kenangan terakhir dengan seseorang...;)

blog ni akan mengisahkan life harian aku supaya aku boleh jadikannya kenangan di masa hadapan ....;)Mana tau kalau time aku sedih,baca post-post lama boleh buat aku hepy..

Ok ler ....Harap uollss enjoy!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...