Followers

Wednesday, April 11, 2012

Aliran Pendapatan Berganda



Semua orang nak kaya kan?hahaa...tipu ler rasanya kalau korang tak rasa nak jadi kaya.Tapi korang tahu tak rahsia orang-orang yang jadi kaya itu?Rahsianya ialah aliran pendapatan berganda a.k.a Multiple streams of income.Apa tu?

Aliran pendapatan berganda ialah untuk tidak bergantung kepada hanya satu punca pendapatan sahaja.Korang mestilah mempunyai banyak aliran pendapatan berganda.Bayangkan kalau korang ada satu aje aliran pendapatam,lepas tu aliran itu tak dapat berfungsi?Apa akan jadi pada pendapatan anda?Jika anda mempunyai banyak aliran pendapatan,sekurang-kurangnya,bila satu aliran rosak,korang masih mempunyai aliran pendapatan lain.

Orang kaya yang berjaya masa kini bukan sekadar mempunyai satu punca pendapatan sahaja tetapi mereka mempunyai banyak aliran pendapatan yang pelbagai.Banyak contoh aliran pendapatan yang korang boleh dapati seperti pelaburan, perniagaan, royalti, komisyen, hartanah, dan sebagainya.
Pepatah inggeris ada berbunyi, “Don’t put all eggs in one basket” (jangan letakkan semua telur dalam satu bakul).Ini kerana andaikan bakul itu terjatuh,kesemua telur itu akan pecah.Telur ibarat pendapatan,bila dah pecah,korang sudah tiada pendapatan lagi.

Bayangkan jika korang mempunyai empat aliran pendapatan dan satu aliran mampu memberi pendapatan RM 5, 000.Bila empat aliran: RM5,000 x 4 = RM20,000.Banyakkan jumlah pendapatan yang korang dapat....;)

Fikirkan bagaimana korang boleh mengaplikasikan konsep ini kepada diri korang?

3 comments:

  1. betol jugak... saya setuju dengan pendapat awak..

    ReplyDelete
  2. sekarang ni harap kan gaji jer la masuk tiap-tiap bulan tuu...pandai-pandai la berjimat2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sebabnya skrg ramai orang buat side income...harapkan gaji,hidup sama aje ler...tak berubah-ubah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...