Followers

Saturday, April 7, 2012

Dunia Blog



Sekarang,semua orang berblog.Ada yang blog untuk menjual produk atau servis diaorang,ada yang berblog untuk dijadikan diari hidup mereka,ada yang berblog untuk dapat duit sampingan,macam-macam ler tujuannya...Apa kurangnya dengan aku...aku pun baru berjinak dengan blog.Kenapa aku berblog?

~~Aku nak cuba berjinak dengan penulisan...so aku cabar ler diriku dengan cara berblog.Memang ler penulisan aku (post-post yang lepas) tu tak berapa best.Tapi aku cuba untuk perbaikinya dari semasa ke semasa.Aku percaya dengan buat hari-hari ler yang akan buat kita pandai dan mahir dalam sesuatu hal itu.

~~Sekadar mengisi masa terluang...ada masa ke?huhuhuhuuu...memang ler kadang-kadang busy dengan kerja.Tapi kalau asyik mengadap kerja aje,bosan jugak.Nak jugak rasa buat benda lain.So benda lain tu aku pilih untuk berblog.Boleh kongsi macam-macam perkara.

~~Tambah kenalan dan ilmu pengetahuan...aku ni sejak kecil lagi memang suka berkenalan.So aku harap bila ada berblog ni,aku dapat tambahkan lagi kenalan serta ilmu.Ye ler...blog ni bagi tip ni,blog tu bagi tip tu...bila dah baca dan follow tu,secara tak langsung kita dapat ilmu baru..

Aku buat blog nih tak specifik pada satu topik aje.Aku akan tulis apa yang aku fikir dan menarik untuk dijadikan topik pada hari itu.

Korang lak kenapa berblog?Jom komen dan share alasan kenapa korang berblog.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...