Followers

Saturday, March 31, 2012

Apa itu Nuffnang?



Aku percaya,masih ada lagi yang belum tahu

'Apa itu NUFFNANG?'

Meh aku kabo....;)

NUFFNANG adalah sebuah syarikat pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ianya juga merupakan sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping itu,NUFFNANG juga menganjur dan menyokong pelbagai aktiviti seperti tayangan wayang,seminar/bengkel kerja,parti dan lain-lain lagi.

NUFFNANG menpunyai pelbagai pengiklan seperti Nokia, Digi, Maxis, Nike, Nestle, Sony dan banyak lagi syarikat-syarikat yang gah di Malaysia.Maka bermula ler bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui NUFFNANG dan secara tak langsung medium blogger akan digunakan.

NUFFNANG boleh buat duit?

Korang jangan terkejut lak NUFFNANG boleh bagi duit.Terdapat tiga jenis pengiklanan yang disediakan oleh NUFFNANG iaitu Cost per click(CPC),CPM(buffered earnings) dan advertorials.

Cost per click atau dikenali sebagai CPC ialah berdasarkan click visitor korang kepada iklan yang korang letak tuh.Banyak klik,banyak ler earning yang korang dapat.

CPM atau buffered earnings ialah untuk blogger yang mempunyai unik pelawat yang maintain 100-200++ sehari.Advertiser akan berurusan dengan pihak NUFFNANG untuk menyewa tapak di blog korang dengan mengikut bilangan unik pelawat korang itu.

Advertorial ialah earning yang advance di dalam NUFFNANG.Earning nya merupakan sangat confidential dimana blogger yang mendapat earning ini tidak boleh mendedahkan nilai eraning mereka.Caranya ialah akan ada advertiser yang tertarik dengan blog korang dan korang mempunyai bilangan unik pelawat yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan korang.Korang akan dikehendaki menulis satu post produk terbaru mereka atau pun berkenaan website mereka....masyuk
Untuk mendapat iklan ini,korang perlulah mempunyai unik pelawat yang tinggi dalam masa sehari dan mempunyai content blog yang menarik...;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...