Followers

Saturday, March 31, 2012

Buffered Earnings Nuffnang



Apa lak nya Buffered earnings?Nuffnang oh nuffnang....

Meh aku kabo...

Korang akan dapat buffered earnings apabila pelawat blog korang melebihi 100-200 unik pelawat sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog korang menerusi nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang hinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.

Nak bagi korang faham lagi,contohnya Sony memberikan ruang iklan korang dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM50 setelah page impression blog korang melepasi 10000.Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari,jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari.Iklan Sony itu akan bertukar menjadi metered earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh Sony.

Cara dapat buffered earnings

1)Update Profile dan blog survey
Isi dan update profile paling tidak pun sekali sebulan atau dua minggu sekali untuk Nuffnang guna data ini untuk filter blog yang sesuai dengan kehendak pihak advertiser.

2)Kandungan Blog
Isi kandungan blog korang hendaklah asli.Nuffnang tidak akan meletakkan kempen CPM jika blog korang mengandungi informasi daripada sumber yang lain.

3)Jangan tipu Klik
Korang jangan klik banner sendiri ye...Nuffnang boleh detect dari sumber IP address.Kalau Nuffnang boleh detect,dia mesti banned terus dari iklan nuffnang.

4)Kedudukan Iklan
Kalau korang silap letak iklan Nuffnang di blog korang,pelawat tak akan perasan iklan korang tu.Letak ler ditempat yang senang nak nampak dengan jelasnya.Untuk tahu cara letak iklan yang betul boleh rujuk dengan Nuffnang.

5)Letak semua jenis iklan
Nuffnang mempunyai 3 jenis iklan iaitu leaderboard,skycraper dan large rectangle.Korang digalakkan untuk letak semua tiga jenis iklan tu dalam blog korang ye.

6)Selalu bertanya khabar
Korang selalu ler buat pertanyaan kat pihak Nuffnang.Tanya aje apa-apa yang patut.

7)Selalu update blog
Sebaiknya,korang update ler blog korang tuh setiap hari supaya boleh tarik ramai lagi trafik datang ke blog korang.Kalau tak sempat nak post,buat draft awal-awal dan buat auto publish.

8)Maintain trafik
Korang hendaklah maintain kan trafik yang datang ke blog korang tu 100++ pelawat unik sehari.

Ini yang dapat aku share tips untuk dapatkan buffered earning.Kalau korang ada tips lain boleh ler share di ruangan komen.

Apa itu Nuffnang?



Aku percaya,masih ada lagi yang belum tahu

'Apa itu NUFFNANG?'

Meh aku kabo....;)

NUFFNANG adalah sebuah syarikat pengiklanan berasaskan blog dan pada masa yang sama ianya juga merupakan sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger.Disamping itu,NUFFNANG juga menganjur dan menyokong pelbagai aktiviti seperti tayangan wayang,seminar/bengkel kerja,parti dan lain-lain lagi.

NUFFNANG menpunyai pelbagai pengiklan seperti Nokia, Digi, Maxis, Nike, Nestle, Sony dan banyak lagi syarikat-syarikat yang gah di Malaysia.Maka bermula ler bagi seorang blogger bila para pengiklan akan mengiklankan barangan mereka melalui NUFFNANG dan secara tak langsung medium blogger akan digunakan.

NUFFNANG boleh buat duit?

Korang jangan terkejut lak NUFFNANG boleh bagi duit.Terdapat tiga jenis pengiklanan yang disediakan oleh NUFFNANG iaitu Cost per click(CPC),CPM(buffered earnings) dan advertorials.

Cost per click atau dikenali sebagai CPC ialah berdasarkan click visitor korang kepada iklan yang korang letak tuh.Banyak klik,banyak ler earning yang korang dapat.

CPM atau buffered earnings ialah untuk blogger yang mempunyai unik pelawat yang maintain 100-200++ sehari.Advertiser akan berurusan dengan pihak NUFFNANG untuk menyewa tapak di blog korang dengan mengikut bilangan unik pelawat korang itu.

Advertorial ialah earning yang advance di dalam NUFFNANG.Earning nya merupakan sangat confidential dimana blogger yang mendapat earning ini tidak boleh mendedahkan nilai eraning mereka.Caranya ialah akan ada advertiser yang tertarik dengan blog korang dan korang mempunyai bilangan unik pelawat yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan korang.Korang akan dikehendaki menulis satu post produk terbaru mereka atau pun berkenaan website mereka....masyuk
Untuk mendapat iklan ini,korang perlulah mempunyai unik pelawat yang tinggi dalam masa sehari dan mempunyai content blog yang menarik...;)

Friday, March 30, 2012

Simpanan

Salam....dah 2 3 hari aku tak post apa-apa.aku tak berapa sihat,demam.balik keje je terus tido.Hari ni aku nak sembang topik simpanan.Aku pilih topik ni coz aku tahu,akhir-akhir bulan ni mesti ramai yang dapat gaji.Bila dah dapat mula ler rancang nak beli itu,beli ini...sedar-sedar duit dah abis,sedangkan baru aje awal bulan.Ini semua gara-gara tidak merancang.Aku selalunya merancang duit gaji aku....apa yang aku selalu buat ialah Duit gaji - SIMPANAN - hutang - sewa = belanja
Simpanan tu aku bold kan kerana itu part yang penting...bila dapat duit gaji tuh terus simpan dalam bank untuk simpanan.Seboleh-bolehnya masuk ke dalam bank yang susah sikit nak buat keluar macam ASB.Aku selalu simpan kat ASB ler coz leceh ler kena pergi kaunter untuk buat keluar....Berapa nak simpan?sebaiknya simpan paling sikit pun 10% daripada duit gaji.Kalau nak simpan lebih daripada 10% tu kira bagus sangat-sangat ler.Hutang & sewa tu korang tolak ler awal-awal jugak.Sewa tu macam biasa ler macam sewa rumah ke...sewa apa-apa ler...hutang tu lak macam hutang besar ler macam PTPTN,loan ke...tapi ingat,jangan sengaja cipta hutang. "akak,saya ambil dulu yer,cukup bulan saya bayar" - sengaja cipta hutang yang selalu dibuat...Akhir sekali,baki duit itu ler dikira belanja..kalau baki tinggal RM30 je,guna ler rm30 tu untuk sebulan(RM1 sehari)...huhuhuhu...

Sunday, March 25, 2012

Majalah Niaga Edisi #20



Tahniah buat team Majalah Niaga kerana sudah berjaya menerbitkan majalah edisi 20...

Aku dah follow Majalah Niaga semenjak edisi 1 lagi hingga sekarang.Bagi aku,majalah ni bagus sebagai sumber informasi usahawan Malaysia.

Boleh download di web di bawah:

http://www.majalahniaga.com

Antara isu yang menarik untuk edisi 20 ialah:

~~Membongkar kisah jutawan animasi
~~Web copy untuk perniagaan B2B
~~Berkenalan dengan hak cipta Malaysia
~~Kebaikan kerja keras dan bisnes part time
~~Remake:Ibu mertuaku 2012
~~5 Strategi perniagaan Ebay
~~Cara menjadi fulltime blogger

dan banyak lagi....tak rugi download...FREE tu....

Saturday, March 24, 2012

Kita Kepunyaan Allah

Ada masa terluang,aku akan 'jalan-jalan' sambil cuci mata di blog-blog...'jalan' punya 'jalan',aku tertarik untuk baca satu blog ni

Mawar Nafastari

Bila baca satu post ke satu post...buat aku berasa ingin tahu apa yang terjadi sebenarnya.Dalam masa yang sama,aku teringat satu kisah kemalangan yang aku baca di surat khabar...aku terfikir,adakah blog dan kemalangan itu orang yang sama?Perasaan ingin tahu buat aku habiskan satu malam untuk membaca semua post di blog Mawar Nafastari, Nafastari, Embun,Kekwa....blog yang begitu menyentuh perasaan...

Akhirnya,persoalan yang buat aku terfikir-fikir itu terjawab jua...Memang benar,kemalangan dan orang di blog Mawar Nafastari adalah orang yang sama...Sungguh ku tak sangka akan terbaca blog ini.Apa yang buat aku ingat akan kemalangan tersebut walaupun setahun berlalu dan hanya mengetahuinya melalui suratkhabar ialah "kuda"....Sebenarnya aku juga pernah menjadi warga Setiu,dan kejadian kemalangan dengan kuda amatlah aneh bagi aku.Kalau kemalangan dengan lembu atau kambing itu sudah menjadi kebiasaan kat area pantai tu...mana datangnya kuda lak ni...

Aku membaca post demi post dengan linangan air mata...begitu berat dugaan untuk Mawar Nafastari...Aku cuba membayangkan kalau aku berada di tempat Mawar Nafastari,adakah aku mampu menghadapinya?Namun,aku cukup kagum dengan ketabahan dan kecekalan Mawar Nafastari dalam menghadapi semua dugaan ini....dan ingatlah

"...dan tidaklah diuji seseorang itu melainkan dengan kesanggupan..."

Semoga Mawar Nafastari terus tabah dalam menghadapi cabaran dugaan hidup

P/S:Tak sabar nak tunggu kemunculan buku 'Travelog Nafastari'.Confirm aku beli!

Friday, March 23, 2012

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012


Event yang ditunggu-tunggu setiap tahun....like...like...like

Pesta Buku Antarabangsa KL 2012 akan di adakan pada 27 April - 6 Mei 2012...Maknanya lagi sebulan....Sempat aku kumpul duit tu.So dalam tempoh sebulan nih aku dah kena survey judul buku nak beli termasuk buat budget.Bukan apa,merancang tu penting supaya tidak membazir.

At same time,aku risau jugak takut tak berpeluang untuk berkunjung ke sana...But InsyaAllah boleh kot aku ke sana.Kebetulan lak 28 April tu aku ada kenduri sepupu di Klang.Kena ler arrange masa dengan betul-betul...yakin boleh...ekekkee..

Nak beli buku apa ye?apa buku hot sekarang ye?Yang pasti bukan novel yang cintan cintun tuh...

p/s:apa judul buku yang best untuk dibaca?...;)

Thursday, March 22, 2012

Duit syiling baru

Semalam aku pergi kedai buku Popular.Beli buku Prinsip Perakaunan untuk aku buat rujukan...but jangan fikir aku ni student lak...;).Selepas bayar,cashier tu bagi duit baki kat aku.Duit rm0.50 + rm0.10 .Mula tu aku ingat dia bagi apa ler ada warna keemasan...rupanya duit syiling baru...first time aku tengok nya.



Sebelum ni memang aku dah tahu akan kewujudan duit syiling baru cuma tak tahu akan keluar bila...komen ku duit baru kecil dan ringan.Bila duit kecil buat aku terfikir,lambat ler tabung aku nak penuh kalau duitnya kecil.Isi banyak baru dapat penuh...hehhee.

Pastu aku ni sibuk jugak fikir kat other company yang guna machine melibatkan duit syiling...Diaorang kena setting or adjust balik machine diaorang untuk sesuai dan boleh terima duit syiling baru...Especially machine LRT kan...dah ler baru guna machine baru then kita adjust lagi...huhuhuhuuu...kos semua tuh...aku cakap macam nih pun berdasarkan pengalaman aku keje sector perbankan bila kena setting balik machine cash deposit supaya terima duit RM50 baru....;)

p/s: duit kertas baru bila nak keluar lak?atau dah keluar?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...