Followers

Saturday, March 31, 2012

Buffered Earnings Nuffnang



Apa lak nya Buffered earnings?Nuffnang oh nuffnang....

Meh aku kabo...

Korang akan dapat buffered earnings apabila pelawat blog korang melebihi 100-200 unik pelawat sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog korang menerusi nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang hinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.

Nak bagi korang faham lagi,contohnya Sony memberikan ruang iklan korang dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM50 setelah page impression blog korang melepasi 10000.Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari,jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari.Iklan Sony itu akan bertukar menjadi metered earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh Sony.

Cara dapat buffered earnings

1)Update Profile dan blog survey
Isi dan update profile paling tidak pun sekali sebulan atau dua minggu sekali untuk Nuffnang guna data ini untuk filter blog yang sesuai dengan kehendak pihak advertiser.

2)Kandungan Blog
Isi kandungan blog korang hendaklah asli.Nuffnang tidak akan meletakkan kempen CPM jika blog korang mengandungi informasi daripada sumber yang lain.

3)Jangan tipu Klik
Korang jangan klik banner sendiri ye...Nuffnang boleh detect dari sumber IP address.Kalau Nuffnang boleh detect,dia mesti banned terus dari iklan nuffnang.

4)Kedudukan Iklan
Kalau korang silap letak iklan Nuffnang di blog korang,pelawat tak akan perasan iklan korang tu.Letak ler ditempat yang senang nak nampak dengan jelasnya.Untuk tahu cara letak iklan yang betul boleh rujuk dengan Nuffnang.

5)Letak semua jenis iklan
Nuffnang mempunyai 3 jenis iklan iaitu leaderboard,skycraper dan large rectangle.Korang digalakkan untuk letak semua tiga jenis iklan tu dalam blog korang ye.

6)Selalu bertanya khabar
Korang selalu ler buat pertanyaan kat pihak Nuffnang.Tanya aje apa-apa yang patut.

7)Selalu update blog
Sebaiknya,korang update ler blog korang tuh setiap hari supaya boleh tarik ramai lagi trafik datang ke blog korang.Kalau tak sempat nak post,buat draft awal-awal dan buat auto publish.

8)Maintain trafik
Korang hendaklah maintain kan trafik yang datang ke blog korang tu 100++ pelawat unik sehari.

Ini yang dapat aku share tips untuk dapatkan buffered earning.Kalau korang ada tips lain boleh ler share di ruangan komen.

4 comments:

  1. assalam..terima ksih..acik dah lama jugak menulis..tapi tak faham tentang nuffnang walaupun anak ada buatkan..rupanya yang dikira pelawat unik aje ye..patut tak gerak2 jumlah nya.

    ReplyDelete
  2. wsalam...meh kita sama2 tambah pelawat unik

    ReplyDelete
  3. Susah lah nak dapatkan buffered earning :(

    ReplyDelete
  4. tapi tak mustahil dapat capai...yg penting usaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...