
Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
Punca asma
Punca sebenar asma masih belum diketahui. Kaitan faktor genetik atau keturunan merupakan salah satu sebab penting dan ini dapat dilihat di mana di kalangan keluarga pesakit asma biasanya terdapat ahli keluarga lain yang menghidap asma, resdung (rhinitis) atau dermatitis (atopy skin disease).
Walaupun punca sebenar asma tidak diketahui, namun punca serangan asma lebih diketahui seperti inflamasi dan saluran udara pesakit asma yang menjadi sempit disebabkan oleh beberapa faktor.
Antara faktor yang menyebabkan serangan asma adalah pesakit menyedut kutu debu, debunga, bulu kucing atau anjing, pencemaran udara, asap rokok, kurang senaman dan kesan beberapa ubat-ubatan.
Adalah penting supaya pesakit asma mengelak dari terdedah kepada semua faktor tersebut. Pesakit juga perlu mengetahui jenis alahan (alergi) masing-masing kerana ia berbeza mengikut individu.
Antara pencegahan yang boleh dielak daripada terkena serangan asma:
* Peka penyebab utama asma anda
* Pastikan kediaman bebas habuk, bulu haiwan dan hama
* Jauhi perokok
* Ambil ubat pencegah sekerap mungkin
* Kerap bersenam untuk meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru
So...sama-sama ler menyayangi diri sendiri...;)